Sunday, September 24, 2017

Kisah Kucing Bernama Grewei

Pada suatu lewat petang dalam bulan Disember 2014, seekor kucing hitam, tiba-tiba muncul di hadapan rumah kami. Bila saya berada berhampirannya, dia mengiau dengan perlahan dan sayu...mungkin kelaparan, letih, kesejukan akibat basah, Apabila saya amati, ia kucing betina yang sarat mengandung. Saya mengambilnya dan membawanya ke dapur, dan memberikan ikan rebus yang digaul dengan nasi, dan meletakan sebekas air kosong. Dia makan dengan gelojoh, sampai tersekat-sekat kerongkongnya, dan ...tak lama kemudian, dia minum air.
Kucing ini jinak, dan manjer, walaupun sedikit kotor dan kurus. Mungkin ia kucing terbiar. Setelah selesai makan dan minum, dia bergerak ke arah satu sudut, dan baru saya perasan, matanya buta sebelah, dan jalannya hinjut-hijut...rupa-rupanya dia cacat kaki belakang kanan.....
Anak perempuan saya yang amat meminati kucing, dan kami belum ada kucing kerana baru berpindah dari tempat yang jauh, telah mengambilnya dan memandikannya dan mencuci badannya dengan syampu.
Semenjak hari itu, secara rasmi dia menjadi kucing peliharaan pertama kami setelah berhijrah ke situ.
Setiap hari kami ada tugas baru iaitu memberinya makan ...tapi hari-hari berikutnya dia makan tidak lagi segelojoh hari pertama kami temui
Makin hari dia semakin sihat. Sekitar 2 minggu kemudia dia melahirkan 4 anak. Kami namakan mereka, Itam (kerana hitam seperti ibunya), Grewei (kerana kelabu), Lang (kerana berbelang bertompok hitam putih), dan Teh (kerana puteh). Namun sekitar sebulan kemudian, Itam dan Teh telah hilang..dan tak lama kemudian, ibunya juga telah hilang. Puas kami mencari sekeling kawasan tempat tinggal kami, tapi hampa...
Tinggallah Grewei dan Lang. Kedua-duanya jantan. Pendekkan cerita, Lang dan Grewei makin membesar, sihat, dan gemuk. mereka menjadi penceria keluarga kami kerana keletah dan manjernya. Namun pada suatu pagi, Lang pulang dengan mengheret badan.. mungkin dipijak kenderaan, dan bila tiba di hadapan rumah, Lang terkulai, dan darah keluar dari mulutnya. Petang itu Lang mati...kami sekeluarga menitis air mata melihat kematiannya...


Tinggallah Grewei bersama kami sekitar 2 tahun setengah.




Dia menjadi sebahagian rakan mainan kami. Walaupun agak besar, nampah muka garang..tapi dia lemah lembut. tak pernah dia menggigit atau mencakar kami.. Namun semenjak akhir-akhir ini, dia kerap hilang dari rumah... Ya laaa...kucing jantan
Kami mula perasan tubuhnya mula terdapat tompok kudis... dan kami bawa dia ke Klinik Haiwan..suntik ubat, beri telan ubat, dan beri ubat sapu...
Namun penyakit itu semakin merebak, dan kali terakhir kami membawanya ke Klinik Haiwan adalah pada awal Jun 2017. Doktor memberitahu, penyakit itu tidak dapat diubati.
Kami membawa Grewei pulang dengan sedih. Kami bawa pula ke Klinik Haiwan yang lain, namun jawapannya sama, dan Doktor menasihatkan Grewei dimatikan.
Sekali lagi kami membawanya pulang, cuba memberikannya ubat sapu pelbagai jenis dan ubat telan yang Klinik Haiwan berikan...
Namun lepas itu Grewei hilang lagi..., dan pada awal pagi 1 Ogos 2017, dia muncul dengan lemah dan tubuhnya penuh dengan kudis dan berbau busuk dan mengidap penyakit Sporo atau Sporotrichosis..Dia mengiau perlahaaaaan sangat..Kami berikan dia makannan khas kucing, tapi dia tak mau makan, dan cuma menjilat sedikit air susu
Kami membawanya sekali lagi ke Klinik Haiwan, dan dengan tegas Doktor berkenaan menasihati kami agar mematikan Grewei dengan segera, demi mengelakkan dia menanggung derita, dan mengelakkan penyakit berkenaan berjangkit kepada manusia dan haiwan lain.
Maka dengan amat berat hati, kami bersetuju Grewei ditamatkan hayatnya...
Maka pada petang 1 Ogos 2017, Grewei meninggalkan kami....
Inilah sekujur tubuh Grewei yang telah hilang nyawanya...

Semoga Grewei menjadi peneman kami di alam barzakh dan di Jannah. InsyaAllah....

Tuesday, September 19, 2017

Hajaral Aswad

Salah satu elemen di bangunan Kaabah adalah hajaral Aswad. Ia mempunyai cerita hebat yang tersendiri. Seorang sahabat mengirimkan video berikut kepada saya (Kredit kepada pemilik asal video):


Berikut pemandangan kawasan Kaabah waktu malam (tahun 2017)(Kredit kepada pemilik asal gambar):



Sunday, September 17, 2017

Sahabat Lama Menziarah

Pada 27 Ogos 2017, sahabat saya Husin, bersama isteri dan anak perempuannya datang menziarah saya di Pulau Pinang. Kebetulan anaknya datang kerana satu urusan penting. Mereka bermalam di rumah saya di Pulau Pinang. malmnya, kami pekena nasi kandaq, he he he...


Hak pengguna lebuh raya buat tuntutan kerosakan

Isnin, 12 September 2016 | 9:31am

Hak pengguna lebuh raya buat tuntutan kerosakan

FOTO hiasan.
TAHUKAH anda bahawa pengguna lebuh raya boleh membuat tuntutan ganti rugi daripada PLUS Malaysia Bhd, jika cermin kereta anda pecah terkena batu ketika menggunakan lebuh raya yang dikendalikannya?
Sebenarnya jika berlaku kerosakan pada kenderaan di lebuh raya PLUS ekoran objek asing atau disebabkan keadaan lebuh raya berkenaan, contohnya batu, tayar celup, kayu, binatang liar dan sebagainya, maka pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi kerosakan daripada pengendali lebuh raya berkenaan.
Berdasarkan pengalaman, pada akhir tahun lalu kereta Proton Inspira penulis mengalami kerosakan yang teruk pada bumper hadapan setelah terlanggar tayar celup ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) selepas susur keluar Setia Alam menuju ke Klang.
Sejurus selepas kejadian, penulis menelefon pihak PLUS bagi membuat aduan dan mereka meminta penulis berhenti di plaza tol paling hampir iaitu Tol Bukit Raja untuk membuat laporan.
Sesudah mengisi borang aduan, pihak Plus Ronda mengambil gambar kerosakan pada kereta penulis dan membuat salinan kad Touch 'n Go (resit tol jika tidak menggunakan Touch 'n Go), lesen memandu dan kad pengenalan.
Bagaimanapun, pampasan kerosakan berkenaan tidak diperoleh serta-merta, penulis perlu membawa kereta ke pusat servis untuk dibaik pulih terlebih dahulu dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.
Apabila siap baik pulih, penulis dikehendaki membawa salinan asal kos baik pulih kenderaan atau bukti pembayaran, salinan asal laporan polis, resit tol atau nombor siri kad Touch n' Go, gambar kerosakan kenderaan sebelum dan selepas dibaiki, salinan geran kenderaan dan salinan polisi insuran kenderaan.
Dalam tempoh kurang sebulan selepas menghantar semula dokumen yang diperlukan, penulis akhirnya menerima cek ganti rugi baik pulih.
PLUS menerusi laman web rasminya, ada mengeluarkan kenyataan pendek mengenai prosedur tuntutan ganti rugi jika berlaku perkara sebegitu, antaranya semua tuntutan kerosakan yang dikemukakan kepada PLUS akan disiasat dengan teliti dan diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun, PLUS jelasnya, berhak untuk menolak tuntutan berkenaan jika siasatan yang dilakukan mendapati bahawa PLUS sudah mengambil langkah munasabah dalam menyediakan perjalanan yang selesa untuk semua pengguna lebuh raya.

ULAMA MAZHAB AS-SYAFI'E DARI GENERASI PERTAMA HINGGA KE TAHUN INI 1438 HIJRAH

ULAMA MAZHAB AS-SYAFI'E DARI GENERASI PERTAMA HINGGA KE TAHUN INI 1438 HIJRAH

Rangkuman dari para ulama Mazhab as-Syafi'e ini dari masa ke semasa dalam berbagai disiplin ilmu:

ULAMA AS-SYAFI'E DARI GENERASI PERTAMA DAN MURID LANGSUNG IMAM AS-SYAFI'E rahimahūLlāhu Ta'āla

 • Rabi' ibn Sulaiman al-Jaizi
 • Rabi' ibn Sulaiman al-Muradi
 • Al-Buwaiti
 • Al-Muzani
 • Al-Qadhi Husain

ULAMA AS-SYAFI'E DARI GENERASI KEDUA SETELAH WAFATNYA IMAM SYAFI'E rahimahūLlāhu Ta'āla

 • Al-Baihaqi rahimahūLlāhu Ta'āla
 • Abu Ishaq as-Syairazi rahimahūLlāh
 • An-Nawawi rahimahūLlāhu Ta'āla
 • Ar-Ramli rahimahūLlāh
 • Al-Bujairami,
 • Al-Khatib as-Syarbini,
 • Ar-Rafi'e rahimahūLlāh
 • Al-Ghazali rahimahūLlāhu Ta'āla
 • Al-Juwaini Imam al-Haramain,
 • As-Subki,
 • Ibnu Hajar al-Haitami rahimahūLlāh
 • Ibnu Hajar al-Asqolani rahimahūLlāh
 • As-Suyuti rahimahūLlāhu Ta'āla.

KITAB FEQAH BERPENGARUH MAZHAB AS-SYAFI'E
 0. Kitab: "Al-Umm" karya Imam as-Syafi'e rahimahūLlāhu Ta'āla,
 0. Kitab: "Al-Risalah" (Usul Fiqh) oleh Imam as-Syafi'e rahimahūLlāhu Ta'āla,
 0. Kitab: "Minhajut Talibin" oleh Imam an-Nawawi rahimahūLlāh
 0. Kitab: "Raudhah at-Talibin wa Umdatul Muftin" oleh Imam an-Nawawi rahimahūLlāh
 0. Kitab: Al-Majmuk oleh Imam an-Nawawi rahimahūLlāh
 0. Kitab: "Matan Taqrib" oleh Abu Sujak
 0. Kitab: "Al-Iqna'" oleh Muhammad al-Sharbini al-Khatib
 0. Kitab: "Tuhfatul Muhtaj bi Syarhil Minhaj" oleh Ibnu Hajar al-Haithami.
 0. Kitab: "Mughni al-Muhtaj illa Makrifati Ma'ani Alfadzil Minhaj" oleh al-Khatib as-Syarbini.
 0. Kitab: "Al-Wasit" oleh Imam al-Ghazali rahimahūLlāhu Ta'āla
 0. Kitab: "Manhaj at-Tullab" oleh Zakaria al-Anshari Abu Yahya
 0. Kitab: "Al-Hawi al-Kabir" oleh al-Mawardi.
 0. Kitab: "Kifayatul Akhyar" oleh Taqi'uddin Abu Bakar ibn Muhammad al-Husaini al-Hisni.
 0. Kitab: "Mukhtashar al-Muzani" oleh al-Muzani at-Tahdzib.
 0. Kitab: "Al-Fatawa" oleh Imam al-Baghawi
 0. Kitab: "As-Syarhul Kabir" (Fathul Aziz) oleh Imam ar-Rafi'e.
 0. Kitab: "Al-Muqaddimah al-Hadramiyah" oleh Abdullah Bafadhal al-Hadrami.
 0. Kitab: "Al-Manhajul Qawim Syarh Masa'il at-Taklim" (Syarh al-Muqaddimah al-Hadramiyah) oleh Ibnu Hajar al-Haitami.
 0. Kitab: "Umdatul Masalik wa Iddatun Nasik" oleh Abu Syihab al-Mishri

ULAMA BERPENGARUH DARI MAZHAB AS-SYAFI'E rahimahūLlāhu Ta'āla.

Daftar ulama berpengaruh mazhab as-Syafi'e berdasarkan tahun lahir atau wafatnya dalam berbagai bidang keilmuan. Tahun lahir/wafat berdasar tahun hijrah.

KURUN KE-TIGA HIJRAH
1. Al-Imam Muhammad ibn Idris as-Syafi’e  rahimahūLlāhu Ta'āla (w.204H)
2. Al-Imam al-Humaidi (w.219H)
3. Al-Imam Ishaq ibn Rahuyah (w.238H)
4. Al-Imam Muhammad ibn Syafi’e (w.240H)
5 Al-Imam al-Karabisi (w.245H)
6. Al-Imam at-Tujibi (w.250H)
7. Al-Imam al-Muzani (w.264H)
8. Al-Imam Harmalah at-Tujibi (w.243H)
9. Al-Imam Bukhari (w.256H) rahimahūLlāh
10. Al-Imam az-Za’farani (w.260H)
11. Al-Imam Muslim (w.261H) rahimahūLlāh
12. Al-Imam Ahmad ibn Syayyar al-Marwazi (w.268H)
13. Al-Imam ar-Rabi’ ibn Sulaiman al-Muradi (w.270H)
14. Al-Imam Ibnu Majah (w.275H) rahimahūLlāh
15. Al-Imam Abu Dawud (w.276H) rahimahūLlāh
16. Al-Imam Abu Hatim ar-Razi (w.277H)
17. Al-Imam ad-Darimi (w.280H)
18. Imam Abu Ja’afar at-Tirmidzi (w.295H) rahimahūLlāhu Ta'āla
19. Al-Imam Junaid al-Baghdadi rahimahūLlāhu Ta'āla (w.298H)

KURUN KE-EMPAT HIJRAH
 0. Al-Imam an-Nasa’ie rahimahūLlāh (w.303H)
 0. Al-Imam at-Thabari (w.305H)
 0. Al-Imam Ibnu Surej (w.306H)
 0. Al-Imam ‘Abdullah bin Muhammad Ziyad an-Nisaburi (w.324H)
 0. Al-Imam Ibnu Qasi (w.335H)
 0. Al-Imam as-Su’luki (w.337H)
 0. Al-Imam al-Asy’ari rahimahūLlāh (w.324H)
 0. Al-Imam Abu Ishaq al-Marwazi (w.340H)
 0. Al-Imam ibn Abi Hurairah rahimahūLlāhu Ta'āla (w.345H)
 0. Al-Imam al-Mus’udi (w.346H)
 0. Al-Imam Abu Saib al-Marwazi (w.362H)
 0. Al-Imam Abu Hamid al-Marwazi (w.362H)
 0. Al-Imam as-Sijistani (w.363H)
 0. Al-Imam al-Qaffal al-Kabiir (w.365H)
 0. Al-Imam ad-Dariki (w.375H)
 0. Al-Imam ibnu Abi Hatim (w.381H)
 0. Al-Imam al-Daruquthni rahimahūLlāh (w.385H)
 0. Al-Imam al-Jurjani (w.393H)

KURUN KE-LIMA HIJRAH
 0. Al-Imam al-Baqilani (w.403H)
 0. Al-Imam Hakim [Hakim al-Naisaburi] rahimahūLlāh (w.405H)
 0. Al-Imam al-Asfaraini (w.406H)
 0. Al-Imam as-Sinji (w.406H)
 0. Al-Imam Ibnu Mahamili (w.415H)
 0. Al-Imam ats-Tsa’labi (w.427H)
 0. Al-Imam al-Mawardi (w.450H)
 0. Al-Imam al-Baihaqi (w.458H)
 0. Al-Imam al-Haramain (w.460H)
 0. Al-Imam al-Qusyairi (w.465H)
 0. Al-Imam as-Syirazi (w.476H)
 0. Al-Imam al-’Aziz (w.494H)
 0. Al-Imam at-Thabari (w.495H)

KURUN KE-ENAM HIJRAH
 0. Al-Imam al-Kayahirasi (w.504H)
 0. Al-Imam al-Ghazali rahimahūLlāhu Ta'āla (w.505H)
 0. Al-Imam Abu Bakar as-Syasyi al-Qaffal (w.507H)
 0. Al-Imam al-Baghawi (w.510H)
 0. Al-Imam Syahrastani (w.548H)
 0. Al-Imam Abul Husain Yahya al-Amrani al-Yamani (w.558H)
 0. Al-Imam Syihabuddin Abu Syuja’ (w.593H)

KURUN KE-TUJUH HIJRIYAH
 0. Al-Imam ‘Izzuddin ibn ‘Abdis'Salam (w.606H)
 0. Al-Imam ar-Razi (w.606H)
 0. Al-Imam Ibnu Atsir (w.606H)
 0. Al-Imam Ibnu Salah (w.643H)
 0. Al-Imam ar-Rafi’e rahimahūLlāh (w.623H)
 0. Al-Imam an-Nawawi rahimahūLlāh (w.676H)

KURUN KE-DELAPAN HIJRAH
 0. Al-Imam Taqiyuddin Ibnu Daqiqil ‘Id (w.702H)
 0. Al-Imam Zamlukani (w.727H)
 0. Al-Imam Taqiyuddin as-Subki (w.756H)
 0. Al-Imam Tajuddin Subki (w.771H)
 0. Al-Imam Ibnu Katsir (w.774H)
 0. Al-Imam Zarkasyi (w.794H)

KURUN KE-SEMBILAN HIJRAH
 0. Al-Imam al-Mahalli (w.835H)
 0. Al-Imam Ibnu Mulaqin (w.804H)
 0. Al-Imam Ibnu Ruslan (w.844H)
 0. Al-Imam Ibnu Hajar al-’Asqolani rahimahūLlāh (w.852H)
 0. Al-Imam al-Husaini al-Hisni (w.829H)
 0. Al-Imam Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Manhaji al-Qahari (w.880H)

KURUN KE-SEPULUH HIJRAH
 0. Al-Imam as-Suyuti rahimahūLlāh (w.911H)
 0. Al-Imam Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Hadrami (w.918H)
 0. Al-Imam Qasthalani (w.923H)
 0. Al-Imam Zakaria al-Anshari (w.926H)
 0. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami (w.974H)
 0. Al-Imam Khatib Syarbaini (w.977H)
 0. Al-’Allamah Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari (w.987H)
 0. Al-Imam Ahmad ‘Umairah (w.957H)

KURUN KE-SEBELAS HIJRAH
 0. Al-Imam ar-Ramli (w.1004H)
 0. Al-Imam ar-Raniri (w.1068H)
 0. Al-Imam Ahmad Salamah al-Qalyubi (w.1069H)
Imam-Imam lainnya pada abad ini sebenarnya ramai lagi.

KURUN KE-DUA BELAS HIJRAH
 0. Al-Habib ‘Abdullah ibn ‘Alwi al-Haddad (w.1132H)
 0. Syaikh Sayyid Ja’afar al-Barzanji (w.1184H)

KURUN KE-TIGA BELAS HIJRAH
 0. Al-Imam as-Syarqawi (w.1227H)
 0. Al-Imam al-’Allamah Syaikh Sulaiman al-Jumal (w.1204H)
 0. Al-Imam al-Bujairami al-Mishri (w.1221H)
 0. Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari rahimahūLlāh (w.1227H)
 0. Syaikh as-Syanwani (w.1233H)
 0. Syaikh Abdus Samad al-Falembani/Palembang rahimahūLlāh
 0. Syaikh Daud ‘Abdullah al-Fathani rahimahūLlāh (w. 1265H)
 0. Al-Imam al-Bajuri (w.1276H)

KURUN KE-EMPAT BELAS HIJRIYAH
 0. Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Mekah (w.1304H)
 0. Syaikh al-Bakri Syatha ad-Dimyathi (w.1302H)
 0. Syaikh an-Nawawi al-Bantani al-Jawi (w.1316H)
 0. Syaikh Muhammad Khalil al-Maduri [Bangkalan]
 0. Syaikh Wan Ali Kutan (w.1331H)
 0. Syaikh Uthman Betawi (w.1333H)
 0. Syaikh Ahmad Khatib (w.1334H)
 0. Syaikh Uthman Senik (w.1336H)
 0. al-’Allamah az-Zuhri al-Ghamrawi (w.1337H)
 0. Syaikh Utsman as-Saraqawi (w.1339H)
 0. Syaikh Muhammad Sa’ad (w.1339H)
 0. Syaikh Muhammad Sa’id al-Linggi (w.1345H)
 0. Syaikh Yusuf bin Isma’il al-Nabhani (w.1350H)
 0. Syaikh Muhammad Saleh al-Minangkabawi (w.1351H)
 0. Syaikh Wan Sulaiman (w.1354H)
 0. Syaikh Hasan Ma’sum (w.1355H)
 0. Syaikh Abu Bakar Muar (w.1357H)
 0. Syaikh Abdul Latif at-Tanbi (w.1358H)
 0. Imam Ya’qub al-Kelantani (w.1360H)
 0. Syaikh Muhammad Jamil Jaho (w.1360H)
 0. Syaikh Muhammad Saleh Kedah
 0. Syaikh Hasyim Asy’ari (w.1367H)
 0. Syaikh Abdul Mubin al-Jarimi al-Fathani (w.1367H)
 0. Syaikh Abdul Wahid (w.1369H)
 0. Syaikh Muhammad Fadlil Banten
 0. Syaikh Mustafa Husein (w.1370H)
 0. Syaikh Abbas Qadi (w.1370H)
 0. Syaikh Tahir Jalaluddin al-Azhari (w.1376H)
 0. Syaikh Tengku Mahmud az-Zuhdi (w.1376H)
 0. Syaikh Abdullah Fahim
 0. Syaikh Muda Wali (w.1380H)
 0. Syaikh Abdul Rahman al-Kelantani (w.1391H)
 0. Syaikh Ismail al-Asyi
 0. Syaikh Ihsan Dahlan al-Jampesi’
 0. Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani

KURUN KE-LIMA BELAS HIJRAH
 0. Syaikh [K.H] Sirajuddin ‘Abbas (w.1400H)
 0. Syaikh Muhammad Idris al-Marbawi (w.1409H)
 0. Mufti Haji Ismail Omar (w.1413H)
 0. Syaikh’ [Kiyai] Shamsuddin (w.1418H)
 0. K.H.M. Syafi’e Hadzami (w.1427H)
 0. Syaikh Nuh ‘Ali Salman al-Qudah (w.1432H)
 0. Syaikh Ahmad Sahl al-Hajini
 0. Syaikh Mustafa al-Khin
 0. Syaikh Mustafa al-Bugha

Dan masih ramai lagi yang mungkin terlewatkan untuk kami sebutkan semuanya di sini, pada kurun2 terakhir seperti Syeikh Yasin al-Fadani, Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki dll.

ULAMA SYAFI'IYAH BIDANG FEQAH
Fiqh adalah bidang studi terpenting dalam mazhab. Kerana istilah mazhab empat itu sendiri identik dengan mazhab fiqh. Ulama paling berpengaruh dalam bidang fiqh as-Syafi’e berdasarkan karya kitab fiqh dan senioriti mereka adalah seperti berikut:

• Muhyiddin Yahya ibn Syaraf an-Nawawi (Imam an-Nawawi)
• Abdul Karim ibn Muhammad ibn Abdul Karim ibn al-Fadhl ibn al-Hasan al-Qazwini (Imam Abul Qasim ar-Rafi'e)
• Jalaluddin Abdurrohman ibn Abu Bakar as-Suyuti
• Ibnu Hajar al-Asqolani
• Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali (Imam al-Ghazali)
• Jamaluddin al-Asnawi
• Abu Muhammad Abdullah ibn Yusuf al- Juwaini (Imam Haramain Abul Ma'ali al-Juwaini)
• Ibnu Hajar al-Haitami
• Syihabuddin al-Ramli

ULAMA FIQH QAUL QADIM
Qaul Qadim (pendapat lama) adalah pendapat hukum Imam as-Syafi'e rahimahūLlāhu Ta'āla selama berada di Baghdad, Iraq
• Muhammad al-Za'farani
• Al-Husain al-Karabisi
• Ibrahim Abu Tsaur

ULAMA FIQH QAUL JADID
Qaul Jadid (pendapat baru) adalah pendapat hukum Imam as-Syafi'e rahimahūLlāhu Ta'āla selama berada di Cairo, Mesir.
• Yusuf al-Buwaiti
• Ismail ibn Yahya al-Muzani
• Al-Rabi' ibn Sulaiman al-Muradi

BIDANG HADITH
• Al-Baihaqi
• Hakim an-Nishaburi
• al-Tabarani
• Ibn Khuzaimah ibn al-Salah
• Yusuf ibn Abd al-Rahman al-Mizzi
• Dhahabi
• Ibn Hajar al-Asqolani
• Al-Sakhawi al-Khatib al-Baghdadi
• Abd al-Rahim ibn al-Husain al-'Iraqi
• Al-Qastallani

ULAMA SYAFI'E BIDANG TAFSIR
• Ibn Kathir
• Al-Baghawi Baidawi
• Ahmad ibn Muhammad al-Tha'labi

BIDANG SUFISME (TASAWUF)
• Harith al-Muhasibi
• Junaid al-Baghdadi
• Ibn Khafif Abd al-Karīm ibn Hawāzin Qusyairi
• Imam al-Haddad
• Ahmad Ghazali
• Ayn al-Quzat Hamadani
• Abu al-Najib Suhrawardi
• Shahab al-Din Suhrawardi
• Yusuf Hamdani
• Ahmed ar-Rifa'ie
• Shams Tabrizi
• Safi-addin Ardabili Is'haq Ardabili
• Kamal Khujandi
• Yusuf an-Nabhani
• Mir Sayyed Ali Hamadani

BIDANG AKIDAH
• 'ALI BIN ISMAIL IBN ABI BASYAR ABUL HASAN AL-ASYA'ARI rahimahūLlāhu Ta'āla
• Abu Mansur al-Maturidi

BIDANG SEJARAH
• Ali ibn al-Athir
• Ibn 'Asakir
• Ibn Khallikan

NEGARAWAN
• Saladin
• Nizam al-Mulk

BIDANG BAHASA
• Raghib Isfahani
• Fairuzabadi

ULAMA SYAFI'E KONTEMPORERI
• Wahbah Zuhaili - Damaskus, Syria.
• Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti - Damaskus, Syria.
• Ali Gomaa (Juma'ah) - Grand Mufti of Egypt.
• Habib Umar bin Hafiz - Yaman
• Afifi al-Akiti - Dekan Universiti Oxford
• Taha Karan - Afrika Selatan. Dijuluki Syafi'e kecil.
• Nuh Ha Mim Keller Mohammad Salim al-Awa - Mesir.
• Ahmed Kuftaro - Syria

Dan masih ramai lagi nama2 ulama besar yang belum sempat dituliskan kesemuanya di sini. Ini semua adalah merupakan kekayaan Mazhab as-Syafi'e, yang membuktikan bahawa sanad keilmuan melalui susur jalur Mazhab as-Syafi'e tidak pernah putus, iaitu bermula dari RasūluLlāh ﷺ melalui al-Imam as-Syafi'e berkesinambungan sampai kepada kita hari ini dan akan terus berterusan sampailah kepada ummat akhir zaman.

Sekian, Wassalam.
*Nukil dari berbagai sumber

Ribut awal pagi 8 Sept 2017 di Plaza Tol Alor Setar (U)

Berikut rakaman peristiwa (daripada pelbagai sumber: Kredit kepada sumber asal) mengenai ribut yang berlaku pada awal pagi 8 Sept 2017 di kawasan Plaza Tol Alor Setar (U):






Saya memang bernasib baik kerana pada waktu itu juga sedang memandu di Bandaraya Alor Setar dan sedang menuju ke Pulau Pinag, dan tergerak hati untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan melalui Tol Alor Setar (S). Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana saya tersimpang/terselamat dari petaka tersebut.

Izzatul bertunang Sabtu 16 9 2017 25 Z Hjh 1438

Pada Sabtu 16 September 2017 bersamaan 25 Zulhijjah 1438 anak keempat saya Nur Izzatul Asyiqem melangsungkan upacara pertunangannya dengan Abdul Latif bin Fauzi, di rumah kami di Bandar Baru Gua Musang, Kelantan. Berikut foto-foto kenangan yang menceritakan sendiri upacara tersebut:

















(Ikuti cerita sambungannya tentang hal yang sama di azizlaw.blogspot.my)