Kucing ini jinak, dan manjer, walaupun sedikit kotor dan kurus. Mungkin ia kucing terbiar. Setelah selesai makan dan minum, dia bergerak ke arah satu sudut, dan baru saya perasan, matanya buta sebelah, dan jalannya hinjut-hijut...rupa-rupanya dia cacat kaki belakang kanan.....
Anak perempuan saya yang amat meminati kucing, dan kami belum ada kucing kerana baru berpindah dari tempat yang jauh, telah mengambilnya dan memandikannya dan mencuci badannya dengan syampu.
Semenjak hari itu, secara rasmi dia menjadi kucing peliharaan pertama kami setelah berhijrah ke situ.
Setiap hari kami ada tugas baru iaitu memberinya makan ...tapi hari-hari berikutnya dia makan tidak lagi segelojoh hari pertama kami temui
Makin hari dia semakin sihat. Sekitar 2 minggu kemudia dia melahirkan 4 anak. Kami namakan mereka, Itam (kerana hitam seperti ibunya), Grewei (kerana kelabu), Lang (kerana berbelang bertompok hitam putih), dan Teh (kerana puteh). Namun sekitar sebulan kemudian, Itam dan Teh telah hilang..dan tak lama kemudian, ibunya juga telah hilang. Puas kami mencari sekeling kawasan tempat tinggal kami, tapi hampa...
Tinggallah Grewei dan Lang. Kedua-duanya jantan. Pendekkan cerita, Lang dan Grewei makin membesar, sihat, dan gemuk. mereka menjadi penceria keluarga kami kerana keletah dan manjernya. Namun pada suatu pagi, Lang pulang dengan mengheret badan.. mungkin dipijak kenderaan, dan bila tiba di hadapan rumah, Lang terkulai, dan darah keluar dari mulutnya. Petang itu Lang mati...kami sekeluarga menitis air mata melihat kematiannya...
Tinggallah Grewei bersama kami sekitar 2 tahun setengah.
Dia menjadi sebahagian rakan mainan kami. Walaupun agak besar, nampah muka garang..tapi dia lemah lembut. tak pernah dia menggigit atau mencakar kami.. Namun semenjak akhir-akhir ini, dia kerap hilang dari rumah... Ya laaa...kucing jantan
Kami mula perasan tubuhnya mula terdapat tompok kudis... dan kami bawa dia ke Klinik Haiwan..suntik ubat, beri telan ubat, dan beri ubat sapu...
Namun penyakit itu semakin merebak, dan kali terakhir kami membawanya ke Klinik Haiwan adalah pada awal Jun 2017. Doktor memberitahu, penyakit itu tidak dapat diubati.
Kami membawa Grewei pulang dengan sedih. Kami bawa pula ke Klinik Haiwan yang lain, namun jawapannya sama, dan Doktor menasihatkan Grewei dimatikan.
Sekali lagi kami membawanya pulang, cuba memberikannya ubat sapu pelbagai jenis dan ubat telan yang Klinik Haiwan berikan...
Namun lepas itu Grewei hilang lagi..., dan pada awal pagi 1 Ogos 2017, dia muncul dengan lemah dan tubuhnya penuh dengan kudis dan berbau busuk dan mengidap penyakit Sporo atau Sporotrichosis..Dia mengiau perlahaaaaan sangat..Kami berikan dia makannan khas kucing, tapi dia tak mau makan, dan cuma menjilat sedikit air susu
Kami membawanya sekali lagi ke Klinik Haiwan, dan dengan tegas Doktor berkenaan menasihati kami agar mematikan Grewei dengan segera, demi mengelakkan dia menanggung derita, dan mengelakkan penyakit berkenaan berjangkit kepada manusia dan haiwan lain.
Maka dengan amat berat hati, kami bersetuju Grewei ditamatkan hayatnya...
Maka pada petang 1 Ogos 2017, Grewei meninggalkan kami....
Inilah sekujur tubuh Grewei yang telah hilang nyawanya...
Semoga Grewei menjadi peneman kami di alam barzakh dan di Jannah. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment