Thursday, November 7, 2019

PEMBINAAN LEBUHRAYA TIMOR-BARAT. Suatu pengorbanan besar

63 BUAH JENTOLAK DILETUPKAN OLEH KOMUNIS, 3 NYAWA MELAYANG (PEMBINAAN LEBUHRAYA GRIK-JELI)
__________________________________________
Lebuhraya Timur Barat, jalan darat yang melintasi Banjaran Titiwangsa. Menceritakan pengorbanan orang dulu-dulu, bersusah payah untuk kesenangan anak cucu hari ini.Kita hayati bertapa kemerdekaan perlu dikekalkan, keamanan perlu dijaga oleh generasi sekarang.

Pada 27 Ogos 1974, ketika para pekerja yang membina Lebuhraya Timur Barat. Mereka telah diserang oleh komunis. 63 buah jentolak telah diletupkan, turut mengorbankan 3 nyawa pekerja JKR dan beberapa orang lagi telah tercedera.

Komunis yang kembali mengganas antara tahun 1967-1989 iaitu era Darurat Kedua. Para pekerja membina Lebuhraya Timur Barat menjadi mangsa serangan hendap pihak komunis. Akibat tindakan pihak komunis ini, tempoh pembinaan lebuhraya ini menjadi lama, memakan masa 11 tahun. Saya sendiri masih ingat awal 80an semua perjalanan dr Gerik ke Kedah dan Kelantan ditutup kepada orang awam bermula jam 6.00petang.

Kos pembinaan juga meningkat daripada RM 85 juta menjadi RM 205 juta, ini kerana banyak jentera dan peralatan dirosakkan atau dimusnahkan oleh Komunis bagi menggagalkan usaha pembinaan jalan raya tersebut. Kerana mereka tahu jika jalan raya ini siap, ia akan memudahkan lagi pergerakan tentera bagi memerangi pengganas komunis yang bersarang di kawasan tersebut, terutama dikawasan Hutan Belum.

Bagi merakam penghargaan terhadap mereka yang terkorban ketika bekerja keras membina jalan yang menghubungkan Jeli dan Grik ini, satu tugu peringatan telah dibina oleh JKR.  Bagi mengenangkan pengorbanan para pekerja yang telah terkorban menjadi mangsa komunis.

Jika ada anak cucu hari ini yang melintasi jalan itu, ingatlah bertapa susahnya orang dulu-dulu berkerja untuk menyiapkan Lebuhraya Timur Barat demi keselesaan generasi hari ini. Pengorbanan mereka sungguh hebat, walaupun tahu kawasan itu berisiko, namum mereka berjiwa kental, sanggup bekerja keras demi menyiapkan jalan ini.

Sumber:
-HULU PERAK NEWS(HPN)






No comments:

Post a Comment