Saturday, September 12, 2015

Kenduri Perkahwinan Anak Pak Ku Azhar

Pada 12 september 2015, diadakan Jamuan Perkahwinan anak Pak Ku Azhar (Prof Madya Dato' Dr Ku Azhar) di Sungai Petani, Kedah:




Monday, September 7, 2015

Sahabat Lama: Zulkifli

Setelah sekitar 34 tahun tak bersua, maka ditakdirkan Ilahi, saya bertemu kembali dengan sahabat lama saya, saudara Mohammad Zulkifly Zainal Abidin. Beliau kini bertugas di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Saya dan Zul adalah rakan sekuliah semasa kami sama-sama belajar kursus Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara, Shah Alam pada sesi 1975-1978.
Kami dapat bertemu setelah saudara Zul datang ke Pulau Pinang pada 6 September 2015.



Sunday, September 6, 2015

Menghargai Jasa Pak Din

Pak Din (Baharudin Abdul Aziz) bukanlah nama besar dan gah. Beliau cuma seorang pekerja pembersihan di apartmen Vila Seri Kenanga (VSK), Batu Uban, Pulau Pinang (tempat saya tinggal). Beliau mula bertugas di VSK sebagai Pengawal Keselamatan, dan kemudian sebagai pekerja pembersih semenjak tahun 1997. Orangnya peramah, rigan tulang dan disamping melaksanakan tugas dengan amat baik, belaiu juga membantu pengurusan apartmen dalam melaporkan kerosakan dan sebagainya, serta membantu penduduk dalam perkara-perkara lain. Ramai yang terhutang budi kepada beliau.
Usianya yang lanjut dan kudrat yang berkurang, menjadikan faktor beliau mengundur diri daripada berkhidmat dengan kami.
Pada petang selepas solat xohor, ahad 6 September 2015, kami (Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Surau dan Pengurusan VSK) mengadakan upacara khas penghargaan kepada beliau. Gambar berikut menerangkan ceritanya:









Langit Nan Aneh: Kekuasaan Ilahi

Pada 22 Ogos 2015, telah berlaku fenomena langit nan pelik wajahnya, yang dipercayai akibat putaran dan ketebalan awan dengan kombinasi tiupan angin, berlaku di sekitar utara Kelantan, terutama di Kota Bharu. Berikut beberapa gambar yang dikirimkan oleh beberapa sahabat kepada saya (kredit kepada pemunya asal gambar yang tidak dapat saya kenalpasti):






Berikut catatan/laporan akhbar mengenainya:



Saturday, August 22, 2015

Buku "Aspek Terpilih Dalam UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN"

Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan buku baru saya berjodol "Aspek Terpilih Dalam UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN". Semoga ia dapat menambahkan lagi koleksi pengembangan ilmu kita:








Buku ini mengandungi mukasurat (i)- (xxxii dan 1-241. Harga yang dinyatakan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka, RM25

Friday, August 21, 2015

Buku "PELANCONG DAN PELANCONGAN ISLAM"

Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan buku baru saya berjodol "PELANCONG DAN PELANCONGAN ISLAM". Semoga ia dapat menambahkan lagi koleksi pengembangan ilmu kita:






Buku ini mengandungi mukasurat (i)- (xix) dan 1-332. Harga yang dinyatakan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka, RM35

Saturday, August 15, 2015

Sambutan Menantu Dr Tajul

Pada malam 15 Ogos 2015, Dr Tajul USM dan Puan Norma mengadakan Majlis sambutan menantu sempena perkahwinan anak tunggal lelaki mereka iaitu Aadam. Majlis diadakan di Kelab Laguna Merbuk, Sungai Petani, Kedah. Majlisnya agak santai tetapi meriah... Semoga pasangan baru ini dikurniakan zuriat, dan aman sentosa, serta murah rezeki. Aamiiin...: