Dari 21 April-27 April 2013, saya dan beberapa sahabat dari Malaysia dan
Indonesia telah menyusur beberapa tempat di Sumut (Sumatera Utara).
Berikut rakaman penyusuran tersebut:
NOTA: Tulisan RM Sinar Pagi" tu bermaksud Rumah Makan (Restoran) Sinar Pagi
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Tuesday, May 21, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Menjelajah Disebalik Ungkapan...
Sila pakat-pakat perhatikan yang tercatat di dalam NOTIS PEMAKLUMAN "TATATERTIB" yang dipaparkan di dalam sebuah bilik hotel di Medan, Indonesia ini (yang saya rakam pada 21 April 2013):
Cuba kita "menjelajah" fikiran kita dengan kritis dan penrewangan berikut:
01. DILARANG MEMBAWA PASANGAN YANG BUKAN MUHRIMNYA
Emmm, OK...Jadi, jika penghuni tersebut pengamal LGBT, dia boleh terlepas daripada larangan ini kerana jika A itu lelaki, dan membawa masuk teman lelaki bagi hubungan sejenisnya, misalnya bernama S, maka A atau S tidak tertakluk kepada "larangan" 01, kan?
02. DILARANG MEMBAWA MINUMAN KERAS ATAU YANG BERALKOHOL DAN SEJENISNYA
Patut la di dalam peti sejuk hotel ini tak ada air batu (ais), sebab dilarang membawa "minuman keras".
Apakah maksud, "...yang sejenisnya"?
03. DILARANG MEMBAWA MASUK BINATANG PELIHARAAN.
Emm...patut la kat hotel tu saya tak terjumpa orang yang membawa unta, kambing, sapi, kerbau....
04. DILARANG MEMBAWA MAKANAN YANG BERBAU TAJAM, SEPERTI: DURIAN, NANGKA DAN MANGGIS
Oiit??? Manggis pun "berbau tajam" ka!!!!?
05. DILARANG MEMBAWA BARANG-BARANG MILIK HOTEL...
Nampaknya tak dapat la saya nak pakai tuala hotel dari bilik mandi ke ruang tidur di dalam bilik hotel tu sebab itu juga perbuatan, "membawa barang-barang milik hotel", kan?

Friday, May 10, 2013
Berkongsi Ilmu: Seminar & Bengkel Di Medan
Pada 22-23 April 2013, saya dan sahabat-sahabat telah menghadiri bengkel dan seminar Pembangunan Islam di Medan. Gambar-gambar berikut menceritakannya...
Wednesday, May 1, 2013
Jambatan Guillemard, Kelantan
Berikut adalah catatan daripada sumber KTMB di http://www.malayarailway.com/2009/03/guillemard-bridge.html (Diakses 2 Mei 2013)
Guillemard Bridge was officially opened by HRH Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV in 1925. The bridge was named after the British Governor and High Commissioner for the Straits Settlement at that time, Sir Laurence Guillemard. It connects Kusial in Tanah Merah and Paloh Rawa in the Machang district and took The Metro Carriage Wagon & Finance Co. Ltd, Wednesbury Works, England, four years to build and was completed in July 1924. The 600m bridge, said to be the longest train bridge in the country, is a technological marvel and is still standing strong after nearly a century. The strong, black solid steel bridge has a history worth telling. In December 1941, at the start of the World War II in Malaya, the British forces retreating south to Kuala Krai, destroyed the last span of the bridge to prevent the Japanese army advancing. It remained impassable to traffic until it was reconstructed and reopened to traffic on Sept 7, 1948. The bridge was used by all vehicles until Feb 1988 when a new bridge was completed along Route 4, a few kilometres away. From that time, the Guillemard Bridge has been used exclusively by KTM though motorcyclists and pedestrians are allowed to use the side passage. The year 1988 also marked the end of the heydays of both Kampung Kusial Bharu (or Baru) and Paloh Rawa. Before that, the bridge brought extra income to villagers who did brisk business in nearby markets, selling fresh produce to pedestrians and drivers waiting to cross the bridge. When economic activities slowed down drastically, many villagers migrated. Today, this railway bridge is used only for trains, and makes up part of the 'jungle railway' line that runs from Tumpat in the north, to Gemas in the south (in Negeri Sembilan).
Gambar di bawah adalah batu tanda tentang tempat ini (dari sumber http://www.malayarailway.com/2009/03/guillemard-bridge.html (Diakses 2 Mei 2013)
MAKNANYA: Jambatan Guillemard (Jambatan Sungai Kusial) ini adalah satu lagi temapt bersejarah.
Laman sesawang Majlis Daerah Tanah Merah memasukkan Jambatan Guillemard sebagai salah satu destinasi pelancongan.
Pada 11 Mac 2013, saya melawat tempat ini (kononnya sebagai pelancong)... Lihatlah gambar-gambar berikut:
Di bawah ini adalah batu tanda tersebut, yag telah "menyembah bumi". Saya percaya ini akibat disondol lembu, kerana semasa lawatan saya itu, terdapat banyak lembu yang berkeliaran dan yang ditambat berdekatan..hehehehe....
Agak sukar juga untuk ke jambatan ini kerana banyak semak samun...

Mari la mari..Kita mengundi....
Hari ahad, 5 Mei 2013 ni, akan berlangsunglah pilihanraya Malaysia ke 13, dan untuk semua negeri (kecuali Sarawak). Maka banyaklah juga calun parti politik dan yang bertanding atas tiket "bebas" yang bertanding. Sebelum itu, hampir semua (kalau bukan semua pun) aktif berkempen, yang rata-rata kempen itu akan menjurus kepada:
1. Apa yang dia akan lakukan untuk pengundi-pengundinya
2. Apa kebaikan diri dan partinya (jika dia bukan calun "bebas")
3. Ada pula yang membandingkan kebaikan dirinya dan keburukan lawan atau lawan-lawannya
4. Ada pula yang menyerang, menepis, mempertahan, dan lain-lain
Apapun yang dilakukan, tujuan utama adalah untuk MENANG
Belum ada lagi di Malaysia, di mana kawasan yang bertanding, mendapat SERI.
Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu, sekitar tahun 1960an dan 1970an, saya seronok mengikuti bapa saya ke tempat mengundi sebab: ADA JAMUAN PERCUMA, seperti kenduri, dimana banyak juga lembu kerbau yang tumbang. Kawasan tempat mengundi juga meriah, dan nampak tawa hilai. Saya suka sangat keadaan seperti itu -- harmoni, saling berjamuan, dan boleh dikatakan tidak ada perkelahian (jika pun ada, ia kes amat terpencil).
Namun, pada hari ini (terutama tahun 2000an), suasana telah berubah. Kedengaran banyak cakap kasar, suara lantang yang sombong, saling maki memaki, dan saling boo mengeboo (maaf DBP, tak ada pun ungkapan tu dalam kamus), provokasi.... Pedih hati, sakit hati...dan akhirnya ada kes berlakunya perbalahan dan membawa kepada kemusnahan harta, dan kecederaan (malah nyawa melayang). Selepas pilihanraya maka terjadilah kes mahkamah (pendakwaan kerana kes jenayah), kecederaan, kerugian kewangan, keroskan dan kemusnahan harta benda, perbalahan keluarga, rakan taulan, jiran sekampung, sahabat seugama.....
Apakah ertinya semua ini????
PILIHANRAYA ADALAH MEDAN DIMANA SETIAP CALON MEMBERITAHU APA YANG TERBAIK YANG DIA AKAN LAKSANAKAN (JIKA DIA MENANG) DEMI FAEDAH SELURUH PENGUNDINYA, DAN SETIAP PEMILIH DIBERIKAN HAK UNTUK MEMILIH CALON YANG DIA FIKIRKAN ADALAH AMAT BAIK UNTUK MENCAPAI KEBAIKAN (PEMILIH, TEMPAT, DAERAH, NEGERI, NEGARA DANRI SEMUA ASPEK: SOSIAL, EKONOMI, KEUGAMAAN DAN SEBAGAINYA). JADI, SEPATUTNYA PERJALANAN PILIHANRAYA BERJALAN DENGAN TENANG, AMAN DAMAI DAN HARMONI.
FIKIRKANLAH DENGAN RENDAH HATI, TENANG JIWA DAN KEWARASAN YANG TINGGI DEMI MENGELAKKAN KEBURUKAN. KITA SEDAR BAHAWA KEBURUKAN YANG BERLAKU TENTUNYA AKAN BERPANJANGNYA. FIKIRKAN DENGAN BAIK SANGKA.
SELAMAT MENGUNDI, DAN DATANGLAH MENGUNDI DENGAN SENYUMAN...

Subscribe to:
Posts (Atom)