Tuesday, May 14, 2013

Menjelajah Disebalik Ungkapan...

Sila pakat-pakat perhatikan yang tercatat di dalam NOTIS PEMAKLUMAN "TATATERTIB" yang dipaparkan di dalam sebuah bilik hotel di Medan, Indonesia ini (yang saya rakam pada 21 April 2013):


Cuba kita "menjelajah" fikiran kita dengan kritis dan penrewangan berikut:

01. DILARANG MEMBAWA PASANGAN YANG BUKAN MUHRIMNYA
Emmm, OK...Jadi, jika penghuni tersebut pengamal LGBT, dia boleh terlepas daripada larangan ini kerana jika A itu lelaki, dan membawa masuk teman lelaki bagi hubungan sejenisnya, misalnya bernama S, maka A atau S tidak tertakluk kepada "larangan" 01, kan?

02. DILARANG MEMBAWA MINUMAN KERAS ATAU YANG BERALKOHOL DAN SEJENISNYA
Patut la di dalam peti sejuk hotel ini tak ada air batu (ais), sebab dilarang membawa "minuman keras".
Apakah maksud, "...yang sejenisnya"?

03. DILARANG MEMBAWA MASUK BINATANG PELIHARAAN.
Emm...patut la kat hotel tu saya tak terjumpa orang yang membawa unta, kambing, sapi, kerbau....

04. DILARANG MEMBAWA MAKANAN YANG BERBAU TAJAM, SEPERTI: DURIAN, NANGKA DAN MANGGIS
Oiit??? Manggis pun "berbau tajam" ka!!!!?

05. DILARANG MEMBAWA BARANG-BARANG MILIK HOTEL...
Nampaknya tak dapat la saya nak pakai tuala hotel dari bilik mandi ke ruang tidur di dalam bilik hotel tu sebab itu juga perbuatan, "membawa barang-barang milik hotel", kan?

No comments:

Post a Comment