Wednesday, May 1, 2013

Mari la mari..Kita mengundi....

Hari ahad, 5 Mei 2013 ni, akan berlangsunglah pilihanraya Malaysia ke 13, dan untuk semua negeri (kecuali Sarawak). Maka banyaklah juga calun parti politik dan yang bertanding atas tiket "bebas" yang bertanding. Sebelum itu, hampir semua (kalau bukan semua pun) aktif berkempen, yang rata-rata kempen itu akan menjurus kepada:
1. Apa yang dia akan lakukan untuk pengundi-pengundinya
2. Apa kebaikan diri dan partinya (jika dia bukan calun "bebas")
3. Ada pula yang membandingkan kebaikan dirinya dan keburukan lawan atau lawan-lawannya
4. Ada pula yang menyerang, menepis, mempertahan, dan lain-lain
Apapun yang dilakukan, tujuan utama adalah untuk MENANG
Belum ada lagi di Malaysia, di mana kawasan yang bertanding, mendapat SERI.

Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu, sekitar tahun 1960an dan 1970an, saya seronok mengikuti bapa saya ke tempat mengundi sebab: ADA JAMUAN PERCUMA,  seperti kenduri, dimana banyak juga lembu kerbau yang tumbang. Kawasan tempat mengundi juga meriah, dan nampak tawa hilai. Saya suka sangat keadaan seperti itu -- harmoni, saling berjamuan, dan boleh dikatakan tidak ada perkelahian (jika pun ada, ia kes amat terpencil).

Namun, pada hari ini (terutama tahun 2000an), suasana telah berubah. Kedengaran banyak cakap kasar, suara lantang yang sombong, saling maki memaki, dan saling boo mengeboo (maaf DBP, tak ada pun ungkapan tu dalam kamus), provokasi.... Pedih hati, sakit hati...dan akhirnya ada kes berlakunya perbalahan dan membawa kepada kemusnahan harta, dan kecederaan (malah nyawa melayang). Selepas pilihanraya maka terjadilah kes mahkamah (pendakwaan kerana kes jenayah), kecederaan, kerugian kewangan, keroskan dan kemusnahan harta benda, perbalahan keluarga, rakan taulan, jiran sekampung, sahabat seugama.....

Apakah ertinya semua ini????

PILIHANRAYA ADALAH MEDAN DIMANA SETIAP CALON MEMBERITAHU APA YANG TERBAIK YANG DIA AKAN LAKSANAKAN (JIKA DIA MENANG) DEMI FAEDAH SELURUH PENGUNDINYA, DAN SETIAP PEMILIH DIBERIKAN HAK UNTUK MEMILIH CALON YANG DIA FIKIRKAN ADALAH AMAT BAIK UNTUK MENCAPAI KEBAIKAN (PEMILIH, TEMPAT, DAERAH, NEGERI, NEGARA DANRI SEMUA ASPEK: SOSIAL, EKONOMI, KEUGAMAAN DAN SEBAGAINYA). JADI, SEPATUTNYA PERJALANAN PILIHANRAYA BERJALAN DENGAN TENANG, AMAN DAMAI DAN HARMONI.

FIKIRKANLAH DENGAN RENDAH HATI, TENANG JIWA DAN KEWARASAN YANG TINGGI DEMI MENGELAKKAN KEBURUKAN. KITA SEDAR BAHAWA KEBURUKAN YANG BERLAKU TENTUNYA AKAN BERPANJANGNYA. FIKIRKAN DENGAN BAIK SANGKA.

SELAMAT MENGUNDI, DAN DATANGLAH MENGUNDI DENGAN SENYUMAN...



No comments:

Post a Comment