CERITA 1:
Isteri
maafkan suami demi anak-anak
AAINA
mencium tangan suaminya selepas selesai prosiding di Mahkamah Majistret Kota
Bharu kelmarin.
|
KOTA BHARU –
Demi kasih kepada anak-anak, seorang wanita sanggup memaafkan suami yang
memukul dan mengugutnya dengan pisau sehingga menyebabkan kecederaan di
bahagian mata pada bulan lepas.
Tindakan
Aaina Azura Rosli, 30, menyebabkan Majistret Nik Habri Muhamad kelmarin membuat
keputusan untuk melepas serta membebaskan Mohd. Zailani Kari, 30, daripada
pertuduhan selepas tertuduh membayar kompaun RM100 kepada isterinya.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm (2 Julai 2014)
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm (2 Julai 2014)
Cerita 2:
Isteri lari
rumah tak tahan dipukul
Kuala
Terengganu: Tidak sanggup menjadi mangsa belasahan suaminya selain kerap
diugut, seorang wanita nekad melarikan diri dari rumah bagi mendapatkan bantuan
dalam kejadian di Kampung Wakaf Beruas, Ahad lalu.
Menurut
sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.20 petang ketika mangsa
berusia 28 tahun menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa sebelum berlaku
perselisihan faham antara dia dan suaminya.
Katanya, dalam pertengkaran itu, suspek berusia 28 tahun yang gagal mengawal kemarahannya memukul muka mangsa.
Katanya, dalam pertengkaran itu, suspek berusia 28 tahun yang gagal mengawal kemarahannya memukul muka mangsa.
“Kemarahan
mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek bertindak memukul belakang badan
mangsa menggunakan kayu menyebabkan wanita itu sakit di seluruh badan.
“Melihat keadaan suspek yang semakin agresif, mangsa segera keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan bagi melarikan diri.
“Pada masa sama, mangsa menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan rumahnya dan meminta pemandu terbabit menghantarnya ke balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber
berkata, mangsa mendakwa suaminya kerap memukul dan mengugutnya sebelum ini
jika berlaku pertengkaran antara mereka walaupun ia membabitkan hal kecil.
Katanya, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.
Katanya, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.
Sementara
itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek direman tiga hari sehingga
hari ini untuk siasatan lanjut.
Bukanlah niat saya untuk membuka keaiban orang, atau menghina seorang bergelar "suami"
Namun, itulah hakikat seorang wanita bergelar "isteri" yang berhadapan dengan pelbagai kerenah suami yang menyakitkan tubuh badan, hati dan perasaan, namun dia (isteri) masih dapat bertahan (sehingga ke satu tahap tertentu), demi satu ikatan suami-isteri, demi anak, demi mencari tempat berlindung....
Wahai "suami" termasuk saya, berfikir dan bertindaklah sebagai seorang suami yang mempunyai akal bistari yang bagus dan munasabah, rasa bertimbang rasa, menghormati seorang wanita bergelar "isteri", dan jangan lupa janji kita dahulu sebelum memperisterikan dia....
NOTA:
Mesej yang nak ditunjukkan daripada drama pendek berikut juga amat berguna, terutama tentang sikap kita sebagai :SUAMI":
Alangkah indahnya dan bahagianya jika sikap dan sifat berikut dapat dipupuk dalam hubungan suami-isteri...

No comments:
Post a Comment