Ramai
berebut kutip ikan ‘babi’
Oleh Mohd
Hanafis Abdul Haris
Ipoh: “Saya
nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar kolam itu sebaik
kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang berebut-rebut
mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” kata Mohamad Khirul
Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar yang
menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam
kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.
Menurutnya,
dia mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air
melimpah hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu,
selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya.
Katanya,
ketika kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan
ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam.
“Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.
“Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.
NORAISHAH
(tiga dari kanan) bersama empat pegawainya meninjau kolam ikan patin
berhampiran kawasan Lahat selepas dipercayai menggunakan babi sebagai makanan
ikan.
“Malah, satu saluran turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,” katanya.
Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi.
Artikel ini
disiarkan pada : 2014/07/09
http://www.hmetro.com.my/articles/Ramaiberebutkutipikan__8216_babi__8217_//Article?BeritaUtamaMetroAhad
NOTA:
ITULAH, KITA PERLU JUGA USUL PERIKSA HAL YANG RELEVAN. DULU, PERNAH JUGA KAWAN SAYA PERGI KE SEBUAH PUSAT TERNAKAN IKAN KELI DI PERAK, DAN DIANTARA MAKANAN YANG DIBERIKAN KEPADA IKAN KELI TERSEBUT ADALAH SISA BUANGAN DAN BANGKAI TERNAKAN (DIANTARANYA, AYAM DAN BABI)
No comments:
Post a Comment