Sahabat saya, Hj Bashir Hamzah
Bashir, 17 Disember 2014, 4.33 petang:
"Air sg kelantan blkg rumah""
Bashir, 18 Disember 2014, 12.59 petang:
"Gertak sultan smaie kota Bharu"
Bashir, 18 Disember 2014, 1.03 petang
Bashir 23 Disember 2014, 10.16 pagi:
Bashir 24 Disember 2014, 9.47 malam:
"Air telah memasuki kawasan rumah walaupun ianya agak tinggi brbanding kwsn sekeliling. Kereta semua dipindah keluar ke jalan raya. Air masih naik."
Bashir 25 Disember 2014, 1.08 pagi:
"Air dh masuk kawasan rumah kawe. Tebing sungai sudah dilimpahi air. Air sdg naik dan terus naik. Untuk sampai ke lantai rumah level bawah ada sekaki lagi. Doakan keselamatan kami di pantai timur"
Bashir 25 Disember 2014, 7.17 pagi
Bashir 25 Disember 2014, 9.42 pagi
"Dari tingkat atas rumah. Kita yang terpaksa bertahan"
Bashir 27 Disember 2014, 10.05 pagi
"Salam semua sahabat. Lo ni ambo sekeluarga menumpang rmah
besan di kbg kerian. Ambo keluar malam 25/12 jam 11 mlm dgn bantuan bomba dan
mengharung air separas dada untuk ketrak nomba. Rumah hampir mencecah lantai
(masa keluar tu). 4 buah kreta ambo, 2 menantu punya telah dibawa ketempat
tinggi tapi masih tak cukup lalu tenggelam separuh badannya.
Kawasan sekitar rmah dan sepanjang di pendek, kota seperti
lpas prang, sunyi sepi dan gelap pd malamnya. Talian telefon hanya celcom masa
ada. Keluarga ambo di p mas tidak dpt dihubungi sjak 3 hari lalu.
Tkasih
Bashir 28 Disember 2014, 4.24 petang
Line tel baru ada tapi internet slow sangat"
Bashir 28 Disember 2014, 5.58 petang, mengirimkan gambar-gambar berikut:
Bashir 28 Disember 2014, 5.58 petang,
"Keadaan terkini sekitar rumah"
Bashir 28 Disember 2014, 6.09 petang,
"Dah
surut tapi ada cerita "...../pencuri" berleluasa. ..... Semoga dijauhi Allah sebarang musibah lain"
Bashir 29 Disember 2014, 9.08 malam,
"Ambo klek dah ke rumah ambo, disambut dgn selut sedalam keting. Mujur hsnya bahagian ruang tamu level rendah yg tenggelam dan tiada barangan yang rosak. Namun 4 buah kereta 3/4 enjin tenggelam dengan kabin berselut dan lantai menakung air. Ada nasihat sahabat untuk ambo berkenaan kereta.
tu! Bermalam dirumah tanpa elektrik dan air paip, tapi masih ok, lilin ada dan stok air tangki ada 350 gelen lagi. Bolehlah bertahan sehari dua ni."
Berikut pula gambar-gambar tinggalan banjir di sekitar rumah beliau. Gambar-gambar ini belaiu hantar kepada saya pada 13 Januari 2015:
Berikut "celoteh" beliau pada 9.55 pagi, selasa 13 Januari 2015:
"Tak buang selut, selipar dipegangnya. Kalu angkat juga selipar tu, adalah sekilo selut di tapaknya.
Nak sodok selut, terasa pedih di urat perut. Boleh kepek perut kawe tapi tak ghok juga pingge pula sakit. Nok tunggu ruput naik, tak leh nsk masuk rumah llah sebule lagi.
Dok ggua musang tok leh tanah, lpas pecen tanah gua muse masuk rumah.... Rezeki?!"
Walaupun celoteh beliau menampakkan keceriaan dan ketabahan beliau dalam mengharungi dugaan Allah ini, namun saya bersyukur kerana beliau dan ahli keluarga semuanya selamat. "Selamat menjalani penerusan kehidupan dengan lebih teguh iman mu, lebih sabar, dan semoga sihat sejahtera, saudaraku Bashir...."
No comments:
Post a Comment