Wednesday, December 31, 2014

Ibu Saya, MEK LIMAH AWANG, Dipanggil Pulang...

Pada sekitar 7 petang, Isnin, 17 Muharam 1436 (bersamaan 10 November 2014), ibu tercinta saya, MEK LIMAH BINTI AWANG, telah dipanggil pulang menghadap Allah SWT. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan cicit perempuannnya, Nori Sazwani, setelah mengucap Dua Kalimah Syahadat, dan beliau sendiri menghembus keluar nafasnya yang terakhir, sambil memejam mata, dalam keadaan yang  amat tenang. Tempat beliau menghembuskan nafas terakhir adalah di rumah kakak saya, Mek Gayah, di Kampung Temesu, Buketa, Thailand. SEMOGA ROH IBUNDA KU DICUCURI RAHMAT-NYA DAN DIAMPUNI SEGALA DOSANYA, DAN DITEMPATKAN DI JANNAH ATAS KEREDHOAAN ALLAH SWT.
NOTA: Para pembaca yang membaca kisah ini, dan/atau mengenali arwah ibi saya, dipohon menyedekahkan Alfatihah dan Selawat Nabi kepada beliau, dan memeaafkan segala kesalahan/kesilapan belaiu sepanjang hayatnya.... Aamiin...

Gambar tahun 1980: Bersama saya di kebun ibu saya di Kampung Chenulang, Kuala Krai.
(Atas) Gambar tahun 1995, semasa saya dan anak saya, Mustaqem (umor 5 tahun) mengunjungi rumah kakak saya, Mek Gayah (berdiri, bertudung putih), di Kampung Temesu, Thailand.

(Atas) Gambar tahun 1991, di hadapan Terminal Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, semasa saya dan isteri baru pulang daripada mengerjakan ibadat Haji.

Bersama cucu dan cicit beliau...


No comments:

Post a Comment