Wednesday, December 31, 2014

Jalan Utama Jeli-Gerik Terputus Akibat Banjir Disember 2014

Jalan Jeli, Kelantan ke Gerik, Perak, adalah satu-satunya jalan penghubung di sebelah utara, diantara Negeri-negeri di Pantai Timur dengan Negeri-negeri di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia. Banjir besar hujung Disember 2014 turut mengakibatkan sekurang-kurangnya satu tempat penting di laluan ini runtuh, dan hubungan terputus...




Laluan sementara yang sedang dibina (gambar pada 29 Disember 2014)



JKR perlu seminggu bina laluan sementara Gerik-Jeli
FARHANA JONI  |  24 Disember 2014 11:21 PM
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Jabatan Kerja Raya (JKR) menjangkakan kerja-kerja membina laluan sementara bagi menghubungkan Gerik-Jeli selepas berlaku runtuhan jalan malam tadi dapat disiapkan dalam seminggu.
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu melibatkan jalan raya sepanjang 30 meter dan sembilan meter lebar sehingga menyebabkan sebuah lori serta kereta terjatuh ke lubang sedalam 15 meter namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya, atas faktor keselamatan pihaknya telah menutup jalan tersebut kepada semua jenis kenderaan dari kedua-dua arah berikutan runtuhan tersebut.
“Kerja-kerja pembinaan laluan sementara itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga tujuh hari melibatkan penanaman ‘sheet pile’ di bahagian kiri jalan (dari arah Gerik) di atas jalan raya sedia ada manakala kawasan bukit di bahagian kiri akan dipotong bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh yang lebih teruk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/jkr-perlu-seminggu-bina-laluan-sementara-gerik-jeli-1.40444

No comments:

Post a Comment