Zaiton Abu Kassim, 55, mula berkhidmat
dengan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Ogos 1979 di Pejabat Naib
Canselor sebagai jurutaip. Sekarang bertugas sebagai kakitangan
sokongan N22, pembantu tadbir di Jabatan Bendahari Kampus Kejuruteraan
USM.
“Sedar tak sedar sudah 36 tahun berkhidmat dengan USM,” katanya.
Zaiton pernah bertugas di Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) selama 19 tahun, kemudian
bertukar ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar sejak tahun
2005 hingga 2012 sebelum bertukar ke Jabatan Bendahari Kampus
Kejuruteraan.
"Saya dah lama minta tukar dari PPSK
tetapi dekan enggan lepaskan sehingga beliau pencen dan saya minta
sangat ke Nibong Tebal apabila harga minyak dan tol meningkat naik,"
katanya yang sebelum ini berulang alik dari rumahnya di Bandar Baharu
Kedah yang merupakan tempat kelahirannya ke Kampus Induk di Pulau
Pinang.
Menurut Zaiton, waktu yang paling
seronok ialah PPSK sebab dapat bersama-sama pelajar yang sampai sekarang
masih ada yang menghubunginya termasuk melalui emel.
Tambahnya, saat paling tertekan dan tidak seronok ialah apabila terdapat pegawai yang terlalu mengawal pergerakan kakitangan sokongan termasuk untuk pensyarah berjumpa yang perlu melaluinya sehingga terasa amat berat hati untuk ke pejabat setiap pagi.

Bercerita tentang perbezaan dengan
generasi baharu sekarang, Zaiton berkata, terdapat perasaan hormat yang
tinggi, sayangkan universiti dan bekerja dengan ikhlas untuk menjaga
tempat bekerja dan jabatan kita dan memastikan nama baik dan pencapaian
jabatan terjaga.
"Malah ramai yang terlalu bangga dengan kelulusan tinggi yang mereka ada tetapi tidak menunaikan amanah mereka dengan baik," kata Zaiton.
"Malah ramai yang terlalu bangga dengan kelulusan tinggi yang mereka ada tetapi tidak menunaikan amanah mereka dengan baik," kata Zaiton.
Menurut Zaiton, sejak 1996 hingga 2003
dia tidak pernah ambil cuti sakit malah seingatnya sepanjang
perkhidmatan hanya sekali ambil cuti sakit.
NOTA: DI ATAS INI ADALAH KUTIPAN DARIPADA SUMBER BERIKUT:
http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/3362-36-tahun-gembira-berkhidmat-kepada-usm
No comments:
Post a Comment