Wednesday, December 24, 2014

Kesan banjir...

Banjir ni bukan sahaja menjejaskan kehidupan lazim manusia (tapi ada hikmahnya yang tersendiri, seperti kesuburan tanah, membersih kotoran, dsb), tetapi juga tumbuhan (misalnya sayuran, dan pokok durian yang amat sensitif terhadap air bertakung lama) dan juga haiwan (yang juga lari menyelamatkan diri). Saya terjumpa video ini yang diposkan ke laman sosial (saya tidak pasti siapa yang merakamkannya dan di mana serta tarikhnya):



BANJIR DISEMBER 2014 DI PANTAI TIMOR SEMENANJUNG MALAYSIA

Apabila banjir melanda, air melimpah tebing, maka bermulalah episod BANJIR... Kesannya:
Jalan tidak dapat dilalui/digunakan;
Kedai runcit, pasaraya, tempat perkhidmatan (bank, restoran, bayaran bil dll) juga ditutup;
Pejabat kerajaan, klinik dan hospital juga ditutup, dan ada yang perlu dipindahkan;
Dan yang paling serius kesannya adalah: Gangguan bekalan elektrik! Ia mengakibatkan semua lumpuh: Stesyen minyak ditutup, hospital lumpuh, bank tak dapat memberikan perkhidmatan, makanan tidak dapat disimpan, memasak juga terhad, aspek keselamatan (malam yang gelap, lampu isyarat lalulintas tak berfungsi, dan segala macam). Yang paling parah kesan daripada tiadanya bekalan eletrik adalah: Tiada bekalan air!

No comments:

Post a Comment