Wednesday, February 4, 2015

Salah satu ikhtiar membuang batu karang (dari dalam badan)

Pada 4 Februari 2015, seorang bekas pelajar saya, Dr Osman, yang kini pensyarah di sebuah universiti di tengah Semenanjung, mengirimkan saya petua, hasil pengalamannya sendiri, bagi ikhtiar (yang berjaya) dalam mengeluarkan batu karang dari hempedunya. Di bawah, saya kongsikan petua dan ikhtiar beliau, yang meminta saya kongsikan dengan para pembaca:



1. Makan epal hijau 5 biji sehari selama 5 hari (jangan bantai semua dalam satu masa)
2. Hari ke 6 - malam jangan makan. Pukul 6 petang bancuh 1 sudu teh garam epsom dengan segelas air dan minum. Pukul 8 malam ulang sekali lagi.
3. Pukul 10 malam, minum 1/2 gelas  minyak zaitun (olive oil cold pressure, virgin oil) yang dicampur dengan 1/2 gelas lemon.
Esoknya, insyallah batu karang akan keluar.

(Catatan Dr Osman: Tujuan epal tu untuk melembutkan batu di dalam hempedu, garam epsom untuk mlancarkan pembuangan air besar dan campuran lemon dan minyak zaitun sebagai pelincir untuk keluarkan batu di hempedu, Insyallah pada hari ke 7 batu karang akan keluar.... banyak atau sedikit batu tersebut bergantung kepada pemakanan kita selama ini. Melalui pengalaman ...lebih dari 200-300 biji yang kecil-kecil).

Garam epsom boleh dibeli di farmasi.

No comments:

Post a Comment