Saturday, July 16, 2016

Giliran Dia Dipanggil Pulang...

Salah seorang yang agak rapat dengan saya adalah suami anak saudara saya, bernama Ghani. Anak saudara saya bernama Norani (Ini). Beliau berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Ghani dan ahli keluarganya telah merantau banyak tempat demi mencari rezeki yang halal untuk seisi keluarga, dengan membuka kedai makan masakan siam, termasuk di Jeli, Kelantan, Johor Baharu..dan terbaru di Setiu, Terengganu. kami kerap berhubung dari semasa ke semasa.
Pada 22 April 2016, saya menerima mesej dari salah seorang anaknya, "Toksu, ayah sakit..dan dirawat di Hospital Kuala Terengganu..Lelah.."
Beberapa siri komunikasi antara ahli keluarag tersu berjalan..dan pada petang 9 Mei 2016, saya menerima mesej. "Toksu, ayah telah meninggal dunia.."
Innalillah hiwainnna ilaihi rooojiuuun....
Di bawah, keadaannya pada 24 April 2016:



 Atas, Ghani di hospital pada 3 Mei 2016. Bawa, pada 6 Mei 2016 (yang sudah di bawa pulang ke Setiu):

Di bawah, situasinya pada pagi 0 Mei 2016:

Semoga Allah SWT memberikan yang terbaik kepada Allahyarham Ghani.
"Paksu Abdul Aziz memaafkan dan menghalalkan segalanya kepada Ghani..."

No comments:

Post a Comment