Wednesday, February 28, 2018

Tujuh Tempat Tumpangan Jin Dan Syaitan Pada Tubuh Kita


1. Dalam lubang mulut manusia
Bahagian tubuh pertama yang menjadi tempat kesukaan jin syaitan *adalah lubang mulut* manusia. Dimana jin akan berusaha masuk ke lubang mulut manusia saat *sedang menguap.* Oleh sebab itu saat sedang menguap kita dianjurkan untuk menutup mulut. 
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Said bahwa Rasulullah saw bersabda:
 “Apabila seseorang dari kalian menguap letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah) kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)” (HR. Muslim)

2. Di bawah kuku manusia
Bahagian tubuh kedua yang menjadi tempat kesukaan jin adalah *dibawah kuku manusia. Oleh sebab itu kita dianjurkan untuk* memotong kuku. Kerana jin dan syaitan mengikat manusia melalui *kuku-kuku yang panjang*. 
Sebagaimana disebutkan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda:
 “Potonglah (pendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang.” (HR. Ahmad)
3. Dalam Lubang hidung manusia

Bahagian tubuh ketiga yang disukai jin dan syaitan adalah lubang hidung. *Saat manusia tidur ternyata jin juga ikut menginap di batang* hidung manusia. Oleh sebab itulah saat bangun tidur kita dianjurkan untuk membasuh lubang hidung sebanyak tiga kali.
Rasulullah saw bersabda:
Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur hendaklah *mengeluarkan air dari hidungnya (istintsyar)* tiga kali kerana syaitan itu menginap di batang hidungnya.” (HR. Muslim).

4. Dalam Lubang telinga manusia
Bahagian tubuh manusia selanjutnya yang disukai oleh syaitan adalah lubang telinga. Bukan hanya bersembunyi di telinga manusia namun ternyata ketika seorang manusia tertidur hingga *pagi tanpa mengerjakan solat malam maka bererti telinganya itu* telah dikencingi oleh jin.
Sebagaimana diceritakan dari Abdullah bahwa di sisi Nabi saw ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan solat (malam). Lalu beliau bersabda:
 “Setan telah kencing di telinganya”. (HR. Muslim)

5. Urat darah manusia
Sebagaimana telah disebutkan bahwa jin atau syaitan menyusup ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah manusia tersebut. Kemudian dari aliran darah itulah jin berusaha memperdaya manusia. 
Hal ini dijelaskan oleh Shafiyyah binti Huyay bahwa Rasulullah saw bersabda:
 “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya.” (HR. Muslim)

6. Dalam Lubang pusat manusia
Lubang pusa manusia merupakan tempat yang kotor. Sebab tidak banyak orang yang membersihkannya. Sebagaimana kita ketahui bahwa jin dan syaitan sangat menyukai tempat-tempat yang kotor. Bahkan saat seseorang diruqyah diketahui bahwa kebanyakan jin bersembunyi dan tinggal di bahagian lubang pusat manusia. Walaupun kita tidak dianjurkan untuk membersihkan lubang pusat hingga mengorek-koreknya. Untuk membersihkannya cukup dengan cara menyekanya secara lembut dengan air atau dengan kapas secara lembut.

7. Pada Lubang kemaluan manusia
Bahagian tubuh terakhir yang menjadi tempat kesukaan jin adalah lubang kemaluan manusia. Dimana syaitan dan jin akan menambah rasa nikmat saat seseorang sedang *berzina dengan cara meransang saraf kemaluan. Oleh sebab* itulah dianjurkan untuk menjaga kebersihan organ intim baik pada lelaki mahupun wanita.
Selain itu kita dianjurkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah saw iaitu dengan mencukur rambut kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. Sebab selain menjadikan *tubuh lebih bersih dan sihat, kita juga dapat menghalangi jin untuk* bersembunyi pada bahagian tubuh manusia.

Tuesday, February 20, 2018

Majlis walimatul Urus Anak Angkat Besan

Pada Sabtu  17 Februari 2017, bertempat di Dewan Komuniti Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur diadakan Majlis Kenduri anak angkat besan saya, Lt Kol. Fauzi. Kami sekeluarga turut hadir. Meriah majlis berkenaan. Alhamdulillah...











Tuesday, February 6, 2018

Agihan Faraid

Agihan Faraid


SOLAT TAUBAT


1. Dalil Dari Hadith :

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ،  حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ الْمُغِيرَةِ  الثَّقَفِيِّ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ رَبِيعَةَ الأَسَدِيِّ، عَنْ أَسْمَاءَ  بْنِ الْحَكَمِ الْفَزَارِيِّ، قَالَ سَمِعْتُ عَلِيًّا، - رَضِيَ اللَّهُ  عَنْهُ - يَقُولُ كُنْتُ رَجُلاً إِذَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى  الله عليه وسلم حَدِيثًا نَفَعَنِي اللَّهُ مِنْهُ بِمَا شَاءَ أَنْ  يَنْفَعَنِي وَإِذَا حَدَّثَنِي أَحَدٌ مِنْ أَصْحَابِهِ اسْتَحْلَفْتُهُ  فَإِذَا حَلَفَ لِي صَدَّقْتُهُ قَالَ وَحَدَّثَنِي أَبُو بَكْرٍ وَصَدَقَ  أَبُو بَكْرٍ - رضى الله عنه -[ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى  الله عليه وسلم يَقُولُ ‏"‏ مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ  الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ  اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏"‏ ‏.‏ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏{‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ ‏}‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ ‏.‏]

Dia (Abu Bakar) berkata: Aku mendengar Rasulullah (ﷺ) bersabda: "Tiada seorang hamba yang telah melakukan dosa, lalu dia mengelokkan bersucinya (berwuduk), kemudia dia berdiri dan solat dua rakaat, kemudian dia beristighfar kepada Allah, melainkan Allah akan mengampunkan dosanya". Kemudian Baginda membaca ayat ini:   {"Dan orang-orang yang apabila mereka melakukan perbuatan yang keji atau salah jiwa mereka, ingatlah Allah"} hingga akhir ayat (Al-Qur'an 3: 135).

*Rujukan: Sunan Abi Dawud 1521*
*Rujukan : Buku 8, Hadith 106*
*Sahih (Al-Albani)  صحيح   (الألباني) حكم.*

2. Dalil Dari al-Quran

Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلٰى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ {١٣٥}

135. "Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."

*(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 135; m.s. 67)*

3. Contoh Khifiat Solat Sunat Taubat :
-----------------------------------------
Boleh dikakukan bila-bila masa. Selepas tiap-tiap dua rakaat, Salam. Rakaat yang sebenar tidak terbatas.

Lafaz niat:

اُصَلِّى سُنَّةَ الْتَوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالٰى، اَللهُ اَكْبَرُ
  _(Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala)_.

Surah-surah:
اَلْفَاتِحَةُ
 آيَةُالْكُرْسِىْ (11  كالي)
اَلْفَاتِحَةُ
قُلْ هُوَاللهُ اَحَدْ (11 كالي).
Di dalam sujud akhir baca:

لَااِلٰهَ اِلَّااَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ (40  كالي).

Selepas salam bacalah ! berikut: 

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ، اَلَّذِىْ لَااِلٰهَ اِلَّاهُوَالْحَىَّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ اَذْنَبْتُهُ عَمْدًااَوْخَطَاءً سِرًّا وَعَلَانِيَةً صَغِيْرًاوَكَبِيْرًا. اِنَّكَ اَنْتَ غَفَّارُ الذُّنُوْبِ، فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ سَتَّارُالْعُيُوْبِ كَاشِفُ الْكُرُوْبِ، وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِى اَعْلَمُ، وَمِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِى لَااَعْلَمُ. اِنَّكَ اَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوْبِ. لَاحَوْلَ وَلَاقُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِىِّ! الْعَظِيْمِ، وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

_Aku memohon keampunan dari Allah Yang Maha Besar yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya dari setiap dosa yang telah aku lakukan secara sengaja ataupun dalam keadaan tersilap sama ada dalam keadaan rahsia atau terang-terangan, sama ada kecil ataupun besar. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa, membuka hati-hati dan menutup segala keaiban, pelepas segala kesempitan dan aku bertaubat kepada-Mu dari segala dosa yang aku ketahui dan dari dosa-dosa yang tidak aku ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui yang ghaib. Tiada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga, para sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam._ 

Rujukan :
Hj Ahmad B. Hj. Ibrahim (2008). :Solat Sunat Taubat (3).  _Dlm. :*Himpunan 110 Solat-Solat Sunat, Qiamullail, Doa-Doa, Munajat & Istighfar_.   *Penerbit : Al-Hidayah Publications (Kuala Lumpur). Hlmn. :134 - 136

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH SWT

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH SWT

1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 

"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 


2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu". 
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya".
"(Surah An-Nur : 32). 


7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah..
*‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah SWT sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah SWT. Aamiiiin. InsyaAllah

DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTERI TERCINTA RASULULLAH SAW

Mari sejenak bertafakur untuk mengenang wafatnya ibunda kita /umat muslim *Khadijah* istri kesayangan Rosulullah Muhammad saw. Semoga menjadi ibroh kita dan menambah keimanan. 

DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTRI TERCINTA RASULULLAH SAW

Siti Khadijah adalah istri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

PERMINTAAN TERAKHIR

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,

Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu.

Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.

Mendengar itu Rasulullah berkata,

Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga.

Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya istri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu.

KAIN KAFAN DARI ALLAH

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?

Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

Wahai Khadijah istriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

"Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.

"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban?

Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.

Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang bisa digunakan untuk menutupi jasad Khadijah.

Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah sangat kumuh dengan 83 tambalan diantaranya dengan kulit kayu.

Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.

Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?

Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!

PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP

Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,

Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.

Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makananpun tak punya. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan istrinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah seusai pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah.

Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.

Wahai Khadijah Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad? tanya Rasulullah dengan lembut.

Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.

Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.

"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyebrangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jembatan.

"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. Jadikanlah sebagai jembatan untuk engkau menyebrangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.

Karena itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pedihnya perasaan Rasulullah ketika itu karena dua orang yang dicintainya yaitu istrinya Siti Khadijah dan pamannya Abu Thalib telah wafat.

Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.

Ilaa hadlratin Nabiyyil musthafa, wa ilaa Khadijah al Kubra, al Fatihah. 

Tulisan Ustadz Zainul Hakim pada WA group Masjid Al Istiqomah.

Kitab Al Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky al Hasani.

Jika antum mau share niatkanlah dengan baik mudah-mudahan bisa jadi obat bagi masalah antum dan kita semua.

Share by.

Sunday, February 4, 2018

Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat dituntut oleh Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan berkurang harta orang bersedekah".

Kita harus faham bahawa rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita bukanlah untuk kita seorang sahaja. Sebenarnya kita diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjaga dan mengagihkan juga rezeki tersebut untuk orang lain.

Penderma didoakan malaikat...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya berdoa: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.' Dan satu lagi memohon: 'Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil."(Hadith Riwayat Muslim)

Jangan diungkit setiap pemberian kita...

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تُبْطِلُوْا صَدَقٰتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذٰى ۙ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti"
(Al-Baqarah: 264)

Bersedekahlah ikut kadar kemampuan...

لِيُنْفِقْ ذُوْ سَعَةٍ مِّنْ سَعَتِهٖ  ؕ 
"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya;"
(At-Talaq: 7)

Penerus amal selepas mati...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solleh yang selalu mendoakannya."(Hadith Riwayat Muslim)

Pahala sedekah setiap hari...

عَنْ بُرَيْدَةَ الْأَسْلَمِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا كَانَ لَهُ بِكُلِّ يَوْمٍ صَدَقَةٌ وَمَنْ أَنْظَرَهُ بَعْدَ حِلِّهِ كَانَ لَهُ مِثْلُهُ فِي كُلِّ يَوْمٍ صَدَقَةٌ
Dari Buraidah Al Aslami dari Nabi SAW, baginda bersabda:"Barangsiapa memberi kemudahan (dengan menangguhkan pembayarannya) kepada orang yang kesusahan, maka pada setiap harinya ia akan mendapatkan pahala sedekah. Dan barangsiapa memberikan kemudahan setelah sampai tempoh (untuk membayar), ia juga akan mendapatkan pahala sedekah pada setiap harinya."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Santuni mereka yang datang meminta pertolongan...

وَاَمَّا السَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ 
"Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;"(Ad-Duha: 10)

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan ayuh bersifat RAHMAH dengan menyediakan diri untuk bekalan di akhirat dengan memiliki sifat dermawan. Infaklah walaupun harta yang kita miliki sedikit. Perbanyakkanlah sedekah dan infaq