1. Dalil Dari Hadith :
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ الْمُغِيرَةِ الثَّقَفِيِّ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ رَبِيعَةَ الأَسَدِيِّ، عَنْ أَسْمَاءَ بْنِ الْحَكَمِ الْفَزَارِيِّ، قَالَ سَمِعْتُ عَلِيًّا، - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - يَقُولُ كُنْتُ رَجُلاً إِذَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَدِيثًا نَفَعَنِي اللَّهُ مِنْهُ بِمَا شَاءَ أَنْ يَنْفَعَنِي وَإِذَا حَدَّثَنِي أَحَدٌ مِنْ أَصْحَابِهِ اسْتَحْلَفْتُهُ فَإِذَا حَلَفَ لِي صَدَّقْتُهُ قَالَ وَحَدَّثَنِي أَبُو بَكْرٍ وَصَدَقَ أَبُو بَكْرٍ - رضى الله عنه -[ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ " . ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ { وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ } إِلَى آخِرِ الآيَةِ .]
Dia (Abu Bakar) berkata: Aku mendengar Rasulullah (ﷺ) bersabda: "Tiada seorang hamba yang telah melakukan dosa, lalu dia mengelokkan bersucinya (berwuduk), kemudia dia berdiri dan solat dua rakaat, kemudian dia beristighfar kepada Allah, melainkan Allah akan mengampunkan dosanya". Kemudian Baginda membaca ayat ini: {"Dan orang-orang yang apabila mereka melakukan perbuatan yang keji atau salah jiwa mereka, ingatlah Allah"} hingga akhir ayat (Al-Qur'an 3: 135).
*Rujukan: Sunan Abi Dawud 1521*
*Rujukan : Buku 8, Hadith 106*
*Sahih (Al-Albani) صحيح (الألباني) حكم.*
2. Dalil Dari al-Quran
Allah SWT berfirman:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلٰى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ {١٣٥}
135. "Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."
*(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 135; m.s. 67)*
3. Contoh Khifiat Solat Sunat Taubat :
------------------------------ -----------
Boleh dikakukan bila-bila masa. Selepas tiap-tiap dua rakaat, Salam. Rakaat yang sebenar tidak terbatas.
Lafaz niat:
اُصَلِّى سُنَّةَ الْتَوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالٰى، اَللهُ اَكْبَرُ
_(Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala)_.
Surah-surah:
اَلْفَاتِحَةُ
آيَةُالْكُرْسِىْ (11 كالي)
اَلْفَاتِحَةُ
قُلْ هُوَاللهُ اَحَدْ (11 كالي).
Di dalam sujud akhir baca:
لَااِلٰهَ اِلَّااَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ (40 كالي).
Selepas salam bacalah ! berikut:
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ، اَلَّذِىْ لَااِلٰهَ اِلَّاهُوَالْحَىَّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ اَذْنَبْتُهُ عَمْدًااَوْخَطَاءً سِرًّا وَعَلَانِيَةً صَغِيْرًاوَكَبِيْرًا. اِنَّكَ اَنْتَ غَفَّارُ الذُّنُوْبِ، فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ سَتَّارُالْعُيُوْبِ كَاشِفُ الْكُرُوْبِ، وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِى اَعْلَمُ، وَمِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِى لَااَعْلَمُ. اِنَّكَ اَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوْبِ. لَاحَوْلَ وَلَاقُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِىِّ! الْعَظِيْمِ، وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
_Aku memohon keampunan dari Allah Yang Maha Besar yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya dari setiap dosa yang telah aku lakukan secara sengaja ataupun dalam keadaan tersilap sama ada dalam keadaan rahsia atau terang-terangan, sama ada kecil ataupun besar. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa, membuka hati-hati dan menutup segala keaiban, pelepas segala kesempitan dan aku bertaubat kepada-Mu dari segala dosa yang aku ketahui dan dari dosa-dosa yang tidak aku ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui yang ghaib. Tiada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga, para sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam._
Rujukan :
Hj Ahmad B. Hj. Ibrahim (2008). :Solat Sunat Taubat (3). _Dlm. :*Himpunan 110 Solat-Solat Sunat, Qiamullail, Doa-Doa, Munajat & Istighfar_. *Penerbit : Al-Hidayah Publications (Kuala Lumpur). Hlmn. :134 - 136
No comments:
Post a Comment