Sunday, March 24, 2013

Protes ATAU Pengluahan?

Macam-macam cara orang meluahkan (memprotes) sesuatu perkara, keputusan, tindakan, dan sebagainya. Ini salah satu daripadanya...

Tuesday, March 12, 2013

DATARAN JUANG, BANDING, PERAK

Di bawah ini saya rakamkan gambar DATARAN JUANG, yang terletak di hadapan Kem Tentera berhampiran Pulau Banding, Tasik Temenggor, Perak
Jika anda ada kelapangan, singgahlah di sini, dan sedekahkanlah Alfatihah kepada para pejuang Islam (tentera, polis, lain-lain agensi, orang awam Islam) yang terkorban dalam mempastikan laluan jalanraya Timur-Barat tersebut dapat disiapkan dan selamat digunakan. Tafakkur untuk pejuang bukan-Islam. sama-samalah kita menghayati dan menghargai jasa besar mereka (demi mencari rezeki, mempertahankan negara dan demi keselamatan kita semua)...
(NOTA: Senarai nama mereka yang terkorban ada dipaparkan di keliling "tugu" ini)




Peria Goreng Campur

Nak cuba masakan (goreng) campuran yang "agak pahit" sikit? Ni dia, PERIA GORENG CAMPUR

Bahan-bahannya:
Peria
Daun bawang
Bawang puteh
Cili besar
Kicap
Garam
Gula

Caranya:
Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan air. Goreng sampai agak layu, dan angkat. Mudah jer, kan?


Thursday, March 7, 2013

Diskaun? Hapus Hutang? Saya Tak Faham...

Dua hari lepas terdapat satu Pengumuman yang dihantar ke setiap rumah, bahawa pihak bekalan air akan memberikan diskaun, dan "Harap semua dijemput hadir di..., HARI BERTEMU  PELANGGAN". Maka pada semalam, salah seorang ahli keluarga saya pun pergilah ke tempat yang dinyatakan. Maka diberitahu MEMANG AKAN DIBERIKAN DISKAUN, TETAPI KEPADA PELANGGAN YANG TERDAPAT TUNGGAKAN YANG TINGGI. KALAU ANDA TELAH MEMBAYAR SETIAP BULAN, TAK ADA DISKAUN
Ha, pelik, kan? Pihak yang "mungkir" (yakni yang malas, tak mau, sengaja, tak mampu, enggan, dll) membayar bil air, maka mereka mendapat KEISTIMEWAAN, tetapi pihak yang setia, tak pernah mungkir membayar, tidaklah mendapat diskaun!! Saya tak faham...

Dalam kes yang lain, satu agensi kerajaan yang terlibat membangunkan tanah, dan memasukkan peneroka, telah mengenakan caj-caj pembangunan tertentu untuk peneroka membayar balik (hutang peneroka). Maka ramai juga peneroka yang setia, akur kepada janji, dan sebagai berterima kasih kepada agensi tersebut telah berusaha gigih membayar hutang tersebut. Ramai yang telah menyelesaikannya sepenuhnya, atau sebahagian besar daripada hutang tersebut. Namun ramai juga yang berdegil, malah hasil getah tidak pula dibayar/dijual melalui agensi berkenaan. Tup tup, baru-baru ini ada pengumuman, HUTANG PENEROKA DIHAPUSKAN!!! Terdapat beberapa peneroka yang setia dan akur (yang telah melangsaikan hutang) datang bertemu saya, dan salah seorangnya saya panggil "Tok Wan", dan mengadu ketidakpuasan hati kerana TERJADI TERBALIK (kata mereka). Yang tak patuh, dapat layanan istimewa pula! Saya jawab, "Saya pun tak faham". Cuma saya kata kepada mereka, termasuk Tok Wan, "Tak mengapa la, sebab kita tak mau harta haram, dan kita mau harta yang kita miliki adalah daripada kederat dan titik peluh kita". "Belum tentu yang dikecualikan membayar hutang itu mendapat rezeki yang halal. Tambahan, belum tentu langkah agensi berkenaan betul dari segi hukumnya sebagai dia (agensi) yang menjadi pemegang amanah rakyat". Apapun, saya tak faham tentang keputusan agensi tersebut.

Dalam kes yang lain, berkaitan denda (kesalahan memandu dan lain-lain) pun kadangkala diisytiharkan "diskaun" kepada yang liat membayar denda. Walhal orang yang akur dan setia membayar setiap denda (termasuk saya), dan membayarnya dengan segera, tidaklah pula mendapat diskaun!!! Saya tak faham....

Beza Waktunya, 4 JAM, tau!

Pada petang 7 Mac 2013, saya TERbuka satu saluran tv yang menayangkan saty drama. Maka ditunjukkan perbualan seorang pemuda yang akan menaik pesawat (kapal terbang) ke sebuah negara arab. Isi perbualan tersebut  antaranya, lebih kurang berikut:
Pemuda: Saya bertolak dari KLIA ni sekitar jam 7 petang. Flight sekitar 7 jam, termasuk check-in, check-out, maka lapan jam la lebih kurang....
Orang di Arab: OK Pakcik tunggu la di airport
Pemuda: OK, kalau macam tu, Pak cik tunggu saya di airport sekitar jam 3 pagi la yer

Emm...., adegan perbualan tersebut tentunya berasaskan skrip dan telah diluluskan oleh semua pihak termasuk pengarah filem tersebut. Mereka semua tak tau ker (atau tak perasan?)(atau lemah pengiraan?) bahawa terdapat faktor pengiraan tertentu yang perlu diambilkira, iaitu PERBEZAAN WAKTU, dimana jika mengambilkira Negara tersebut, maka perbezaan waktu dengan Malaysia adalah 4 JAM!

Jika begitu, "Pakcik" berkenaan sepatutnya menunggu saudaranya dari Malaysia (yakni pemuda tersebut) pada jam 11 malam, dan bukan jam 3 pagi, kan?????

LAIN KALI BERHATI-HATILAH DALAM HAL SEDEMIKIAN SEBAB IA "MENCABAR" KEWIBAWAAN FILEM MELAYU KITA.

Tuesday, March 5, 2013

Sulu intruders... YOU ARE TERRORISTS!


Malaysia considers the armed Sulu intruders who killed eight Malaysian security personnel in Lahad Datu and Semporna, Sabah, as terrorists, and this was shared by Philippine Foreign Secretary Albert F. Del Rosario. “Secretary Rosario agreed that this group should be labelled as terrorists,” Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said in a statement today.

The Malaysian Insider (Quoted from BERNAMA)(5 March 2013) http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kl-manila-consider-sulu-intruders-as-terrorists

In dealing with the above-mentioned matters, “terrorist”, “terrorist act” etc., are within the scope of  Malaysian PENAL CODE (REVISED - 1997). CHAPTER VI A  of the said Code is relating to OFFENCES RELATING TO TERRORISM 

Section 130B
“terrorist" means any person who--
(a) commits, or attempts to commit, any terrorist act; or
(b) participates in or facilitates the commission of any terrorist act;
and includes a specified entity under section 66B or section 66C of the Anti-Money Laundering Act 2001;
"terrorist entity" means any entity owned or controlled by any terrorist or terrorist group and includes an association of such entities;
"terrorist group" means--
(a) an entity that has as one of its activities and purposes the committing of, or the facilitation of the commission of, a terrorist act; or
(b) a specified entity under section 66B or section 66C of the Anti-Money Laundering Act 2001
"terrorist act" means an act or threat of action within or beyond Malaysia where—
(a) the act or threat falls within subsection (3) and does not fall within subsection (4);
(b) the act is done or the threat is made with the intention of advancing a political, religious or ideological cause; and
(c) the act or threat is intended or may reasonably be regarded as being intended to—
(i) intimidate the public or a section of the public; or
(ii) influence or compel the Government of Malaysia or the Government of any State in Malaysia, any other government, or any international organization to do or refrain from doing any act.;
An act or threat of action falls within this subsection if it—
(a) involves serious bodily injury to a person;
(b) endangers a person's life;
(c) causes a person's death;
(d creates a serious risk to the health or the safety of the public or a section of the public;
(e) involves serious damage to property;
(f) involves the use of firearms, explosives or other lethal devices;
(g) involves releasing into the environment or any part of the environment or distributing or exposing the public or a section of the public to—
(i) any dangerous, hazardous, radioactive or harmful substance;
(ii) any toxic chemical; or
(iii) any microbial or other biological agent or toxin;
(h) is designed or intended to disrupt or seriously interfere with, any computer systems or the provision of any services directly related to communications infrastructure, banking or financial services, utilities, transportation or other essential infrastructure;
(i) is designed or intended to disrupt, or seriously interfere with, the provision of essential emergency services such as police, civil defence or medical services;
(j) involves prejudice to national security or public safety;
(k) involves any combination of any of the acts specified in paragraphs (a) to (j);
and includes any act or omission constituting an offence under the Aviation Offences Act 1984.
An act or threat of action falls within this subsection if it—
(a) is advocacy, protest, dissent or industrial action; and
(b) is not intended—
(i) to cause serious bodily injury to a person;
(ii) to endanger the life of a person;
(iii) to cause a person's death; or
(iv) to create a serious risk to the health or safety of the public or a section of the public

According to section 130C (Committing terrorism acts) of the said Code, whoever, by any means, directly or indirectly, commits a terrorist act shall be punished--
(a) if the act results in death, with death; and
(b) in any other case, with imprisonment for a term of not less than seven years but not exceeding thirty years, and shall also be liable to fine.

Further, by virtue of section 130KA (Member of a terrorist group) of the said Code, whoever is a member of a terrorist group shall be punished with imprisonment which may extend to imprisonment for life and shall also be liable to a fine

Monday, March 4, 2013

Pembelot@PENDERHAKA...

Sayu hati saya melihat pengkebumian demi pengkebumian para pejuang negara yang mempertahankan tanah air kita di Sabah... Namun, apa yang penting, salah satunya adalah, bahawa kita sebagai rakyat Malaysia, mestilah mengekalkan kesetiaan kepada negara, dan jangan sekali-kali menadi PEMBELOT atau PENDERHAKA kepada negara kita.
Berikut adalah petikan daripada sebahagian salah satu bab daripada salah satu manuskrip buku yang baru sahaja saya siapkan pada januari yang lepas (jodolnya saya rahsiakan lagi):

“PENDERHAKA”?

 Adalah lebih mudah memaafkan musuh daripada memaafkan seorang kawan

― William Blake

The American Heritage Dictionary of the English Language (2000) ada memberikan takrif “penderhaka” sebagai:
a. Seseorang yang memberikan bantuan atau maklumat kepada musuh; melakukan pengkhianatan; membelot terhadap negara sendiri.
b. menyerahkan ke tangan musuh yang menlanggari suatu amanah atau ketaatsetiaan.

Terdapat juga tafsiran berikut, tentang apa itu “derhaka”: menyerahkan atau mendedahkan kepada sesuatu musuh dengan cara melakukan perbuatan pengkhianatan atau ketidaktaatan (http://dictionary.reference.com/browse/betrayal (Diakses 1 Januari 2013).

Salah satu perspektif yang agak terkenal yang berkaitan “penderhakaan” ialah yang dikenali sebagai “lajur kelima” (Picturesque Expressions: A Thematic Dictionary, 1980). Kamus yang sama menghuraikan, antaranya, bahawa, ianya juga berkaitan pembelotan dari dalam, yang termasuklah dalam bentuk menunjukkan simpati kepada musuh dan melakukan perbuatan subversif. Terma “lajur kelima” ini berasal daripada Peperangan Persaudaraan Sepanyol (1936-39) apabila kerajaan yang patuh di Madrid telah disusupi oleh orang Sepanyol yang simpati kepada orang Franco. Dalam satu siaran radio kepada pihak yang setia kepada Madrid, General Gonzalo Queipo de Llano y Sierro, seorang revolusionari Fascist menyatakan, “Kita mempunyai empat lajur dalam peperangan menentang kamu, dan lajur kelima berada di dalam pasukan kamu sendiri

Dalam kes Joyce lwn. Pengarah Pendakwa Raya, [1946] Hakim Lord Jowitt L.C. ada menyatakan seperti berikut:

“Penderhakaan adalah merupakan suatu pembelotan terhadap sesuatu amanah atau kepercayaan: untuk setia kepada amanah adalah merupakan gambaran kepada tugas untuk melindungi…”

Saturday, March 2, 2013

Apa jawapannya?

Petang semalam, 2 Mac 2013, saya menonton satu rancangan drama Mandarin klasik. Dalam salah satu adegannya, ditunjukkan bahawa jika seseorang itu ingin memasuki pintu rahsia berkenaan, maka mestilah menjawab beberapa soalan dengan tepat. Ini diantara soalan-soalan tersebut:

1. Q: Dalam banyak-banyak mesyuarat, mesyuarat apa yang tak ada orang?
    JAWAPAN: MESYUARAT DITANGGUH

2. Q: Terdapat 5 orang yang sedang berpayung menggunakan satu payung yang bersaiz biasa. Kenapa  mereka tak basah?
     JAWAPAN: SEBAB MASA TU TAK HUJAN

3. Jika menanam tembikai, tembikai apa yang tak perlu disiram air?
     JAWAPAN: TEMBIKAI AIR (WATER MELON)

Ha ha ha... saja menghiburkan hati.......