Pada petang 7 Mac 2013, saya TERbuka satu saluran tv yang menayangkan saty drama. Maka ditunjukkan perbualan seorang pemuda yang akan menaik pesawat (kapal terbang) ke sebuah negara arab. Isi perbualan tersebut antaranya, lebih kurang berikut:
Pemuda: Saya bertolak dari KLIA ni sekitar jam 7 petang. Flight sekitar 7 jam, termasuk check-in, check-out, maka lapan jam la lebih kurang....
Orang di Arab: OK Pakcik tunggu la di airport
Pemuda: OK, kalau macam tu, Pak cik tunggu saya di airport sekitar jam 3 pagi la yer
Emm...., adegan perbualan tersebut tentunya berasaskan skrip dan telah diluluskan oleh semua pihak termasuk pengarah filem tersebut. Mereka semua tak tau ker (atau tak perasan?)(atau lemah pengiraan?) bahawa terdapat faktor pengiraan tertentu yang perlu diambilkira, iaitu PERBEZAAN WAKTU, dimana jika mengambilkira Negara tersebut, maka perbezaan waktu dengan Malaysia adalah 4 JAM!
Jika begitu, "Pakcik" berkenaan sepatutnya menunggu saudaranya dari Malaysia (yakni pemuda tersebut) pada jam 11 malam, dan bukan jam 3 pagi, kan?????
LAIN KALI BERHATI-HATILAH DALAM HAL SEDEMIKIAN SEBAB IA "MENCABAR" KEWIBAWAAN FILEM MELAYU KITA.
No comments:
Post a Comment