Dua hari lepas terdapat satu Pengumuman yang dihantar ke setiap rumah, bahawa pihak bekalan air akan memberikan diskaun, dan "Harap semua dijemput hadir di..., HARI BERTEMU PELANGGAN". Maka pada semalam, salah seorang ahli keluarga saya pun pergilah ke tempat yang dinyatakan. Maka diberitahu MEMANG AKAN DIBERIKAN DISKAUN, TETAPI KEPADA PELANGGAN YANG TERDAPAT TUNGGAKAN YANG TINGGI. KALAU ANDA TELAH MEMBAYAR SETIAP BULAN, TAK ADA DISKAUN
Ha, pelik, kan? Pihak yang "mungkir" (yakni yang malas, tak mau, sengaja, tak mampu, enggan, dll) membayar bil air, maka mereka mendapat KEISTIMEWAAN, tetapi pihak yang setia, tak pernah mungkir membayar, tidaklah mendapat diskaun!! Saya tak faham...
Dalam kes yang lain, satu agensi kerajaan yang terlibat membangunkan tanah, dan memasukkan peneroka, telah mengenakan caj-caj pembangunan tertentu untuk peneroka membayar balik (hutang peneroka). Maka ramai juga peneroka yang setia, akur kepada janji, dan sebagai berterima kasih kepada agensi tersebut telah berusaha gigih membayar hutang tersebut. Ramai yang telah menyelesaikannya sepenuhnya, atau sebahagian besar daripada hutang tersebut. Namun ramai juga yang berdegil, malah hasil getah tidak pula dibayar/dijual melalui agensi berkenaan. Tup tup, baru-baru ini ada pengumuman, HUTANG PENEROKA DIHAPUSKAN!!! Terdapat beberapa peneroka yang setia dan akur (yang telah melangsaikan hutang) datang bertemu saya, dan salah seorangnya saya panggil "Tok Wan", dan mengadu ketidakpuasan hati kerana TERJADI TERBALIK (kata mereka). Yang tak patuh, dapat layanan istimewa pula! Saya jawab, "Saya pun tak faham". Cuma saya kata kepada mereka, termasuk Tok Wan, "Tak mengapa la, sebab kita tak mau harta haram, dan kita mau harta yang kita miliki adalah daripada kederat dan titik peluh kita". "Belum tentu yang dikecualikan membayar hutang itu mendapat rezeki yang halal. Tambahan, belum tentu langkah agensi berkenaan betul dari segi hukumnya sebagai dia (agensi) yang menjadi pemegang amanah rakyat". Apapun, saya tak faham tentang keputusan agensi tersebut.
Dalam kes yang lain, berkaitan denda (kesalahan memandu dan lain-lain) pun kadangkala diisytiharkan "diskaun" kepada yang liat membayar denda. Walhal orang yang akur dan setia membayar setiap denda (termasuk saya), dan membayarnya dengan segera, tidaklah pula mendapat diskaun!!! Saya tak faham....
No comments:
Post a Comment