Tuesday, April 30, 2013

Samosir yang "aneh"


 Pada 26 April 2013, saya dan beberapa sahabat sempat bermusafir ke Pulau Samosir, yang terletak di dalam Tasik (Danau) Toba. Untuk pengetahuan kita, sebenarnya terdapat dua tasik (danau)  kecil  di atas Pulau Samosir ini, iaitu Danau Aek Natonang dan Danau Sidihoni. Begitulah ciptaan Allah (swt) yang Maha Agung, yang maha kaya penciptaannya: Terdapat tasik (Aek Natonang dan Sidihoni) di atas pulau (Samosir) di sebuah tasik (Toba) yang terletak pula di atas sebuah pulau (Sumatera)...

NOTA: Hampir semua penduduk di pulau ini adalah orang suku Batak, dan sebahagian besar mereka ini adalah bukan Islam.

 Lihat tulisan di lereng bukit di Pulau Samosir


 Jeti Tomok di Pulau Samosir


 Kawasan pasar kraf dan lain-lain di Tomok



 Bergambar bersama satu keluarga penjual

 Orang tua ini adalah penjaja kacang yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil "memujuk dengan simpati" untuk menjual kacangnya
 Sambil berjualan, lelaki ini turut membuat sendiri sebahagian hasil kraf jualannya di situ, sambil menunggu pelanggan

No comments:

Post a Comment