Rasulullah SAW pernah membaca doa ini apabila turun 10 ayat
pertama surah al-Mukminun, iaitu: “Allahumma zidna wa la tanqusna wa
akrimna wa-la tuhinna wa a’tina wa-la tahrimna wa aathirna wa-la tu’thir
'alayna wa-‘rdina wa ‘rda ‘anna.”
Ia bermaksud: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami dan jangan
Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan jangan kami dihina. Berilah buat kami
dan jangan ditahannya dan pilihlah kami dan jangan Engkau biarkan serta
redailah kami dan redailah pula usaha kami.” (Ibnu Kathir, III: 237)
Doa ini digalakkan untuk dibaca sewaktu mendapat ilmu atau
ketika cuba mengingatkan sesuatu ilmu sama ada yang susah atau senang.
No comments:
Post a Comment