Berikut adalah suasana berbuka puasa di Surau Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang, pada 30 Jun 2015, yang meriah, walaupun sederhana, dan dalam semangat persaudaraan yang rapat. Alhamdulillah...
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Tuesday, June 30, 2015
Saturday, June 27, 2015
Viva Disertasi RML572
Pada jumaat, 26 Jun 2015, bertempat di Studio Sarjana Pengurusan Projek, USM Pulau Pinang, diadakan pemeriksaan viva hasil penyelidikan para pelajar kursus Sarjana berkenaan. Walaupun program Sarjana ini berbentuk "kerja kursus", namun sebagai salah satu komponen kursus yang bernilai 8 unit (diambil selama 2 semester), maka perlu juga diadakan pemeriksaan hasil penyelidikan (viva). Berikut suasana sebelum dan semasa viva berjalan:
Thursday, June 18, 2015
Kulat Sisir Goreng
Petang kelmarin, lepas asar, 18 Jun 2015 (hari pertama berpuasa), saya menyediakan sendiri satu sajian, iaitu "kulat sisir goreng". Mudah jer..
Bahan:
Secawan kulat sisir (sejenis cendawan agak liat yang tumbuh pada batang getah mati). Bersihkan dan rendam sekejap di dalam air suam/panas, dan kemudiannya disejatkan.
Sebiji bawang (dipotong halus)
Lima ulas bawang putih (dimayang halus)
Tiga biji cili
Sebiji telor
Sedikit garam
Sedikit gula
Caranya:
Goreng bawang putih dan bawang meranh dengan sedikit minyak. Selepas berbau harum, masukkan telur, dan goreng hancur. Kemudian masukkan semua bahan lain yang dinyatakan, dan goreng sehingga berbau seperti masak, dan angkat.
Boleh dihidangkan untuk dimakan bersama nasi atau roti...
NOTA: Boleh juga dimasukkan daging (atau ayam) cincang ke dalam ramuan ini.

Solok Lado (Cili Bersumbat)
Petang kelmarin, lepas asar, 18 Jun 2015 (hari pertama berpuasa), saya menyediakan sendiri satu sajian, iaitu "solok lado" (cili besar bersumbat). Masa makan nasi selepas berbuka puasa, saya dapati enak gak rasanya.. Jadi, saya kongsikan dengan pembaca...
Bahan-bahan:
Bahan A:
7 biji cili besar kuning-hijau (bukan cili besar hijau tua tuuuu). Belah cili-cili tersebut.
Beberapa helai pucuk ubi kayu
Bahan B:
Setengah cawan santan pekat
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sebiji bawang besar dipotong halus
5 sudu besar kelapa goreng
Isi ikan bakar/rebus, dilumatkan (sekitar seekor)(sebaiknya ikan kembung)
Gaulkan semua bahan B rata-rata.
Caranya:
Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk (seolah seperti pelapik cili)
Masukkan bahan B ke dalam "perut" cili. Aturkan di dalam periuk tadi (di atas pucuk ubi)
Masukkan sekitar setengah cawan santan cair. Tutup periuk rapat-rapat.
Rebus sekejap sahaja dengan api kecil (sekitar 3 minit)
Biarkan sekitar 5 minit lagi selepas api dipadamkan.
Boleh dihidangkan,,,

Wednesday, June 17, 2015
Ikhtiar Mengubat Penyakit Kencing Manis (Diabetes)
Ada pihak yang mengirimkan petua berikut:
(Sumber asal tidak diketahui)
Terdapat beberapa lagi petua mengubat atau mengelak atau mengurangkan Kencing Manis:
1. Berbekam
2. Minum air kosong pada awal pagi dan sebelum tidur
3. Makan atau minum (air rebusan atau jus) daun "sabung nyawa" dan "hempedu bumi"
4. Mengamalkan memakan habatussauda (pagi dan malam)
5. Elakkan meminum minuman bergas (botol atau tin)
6. Amalkan meminum cuka kurma atau cuka halia dengan sidikit madu asli
7. Elakkan tidur lewat malam, dan biasakan bangun awal pagi
8. Jangan merokok
9. Kerapkan bersenam ( terutama berjoging)
10. Kerapkan memakan buah delima
11. Jangan makan berlebihan
12. Kerapkan berdoa ke Hadhrat Allah SWT

Wednesday, June 10, 2015
Menduduki Peperiksaan Undang-undang Binaan
Pada pagi 10 Jun 2015, para pelajar saya menduduki kertas peperiksaaan RMK 354 Undang-undang Binaan. Seramai 134 orang pelajar yang mengambil kursus ini. Saya doakan anda semua mencapai kecemerlangan....
Berikut ragam mereka yang nampak serius tapi tenang...
Berikut ragam mereka yang nampak serius tapi tenang...
Majlis Perkahwinan Anak Abang Ali di Bertam
Pada sabtu 7 Jun 2015, saya menghadiri kenduri perkahwinan anak sahabat saya, abang Ali di Bertam, Pulau Pinang. Dirakamkan kemeriahan majlis tersebut sebagai kenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)