Petang kelmarin, lepas asar, 18 Jun 2015 (hari pertama berpuasa), saya menyediakan sendiri satu sajian, iaitu "solok lado" (cili besar bersumbat). Masa makan nasi selepas berbuka puasa, saya dapati enak gak rasanya.. Jadi, saya kongsikan dengan pembaca...
Bahan-bahan:
Bahan A:
7 biji cili besar kuning-hijau (bukan cili besar hijau tua tuuuu). Belah cili-cili tersebut.
Beberapa helai pucuk ubi kayu
Bahan B:
Setengah cawan santan pekat
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sebiji bawang besar dipotong halus
5 sudu besar kelapa goreng
Isi ikan bakar/rebus, dilumatkan (sekitar seekor)(sebaiknya ikan kembung)
Gaulkan semua bahan B rata-rata.
Caranya:
Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk (seolah seperti pelapik cili)
Masukkan bahan B ke dalam "perut" cili. Aturkan di dalam periuk tadi (di atas pucuk ubi)
Masukkan sekitar setengah cawan santan cair. Tutup periuk rapat-rapat.
Rebus sekejap sahaja dengan api kecil (sekitar 3 minit)
Biarkan sekitar 5 minit lagi selepas api dipadamkan.
Boleh dihidangkan,,,
No comments:
Post a Comment