Thursday, June 18, 2015

Kulat Sisir Goreng

Petang kelmarin, lepas asar, 18 Jun 2015 (hari pertama berpuasa), saya menyediakan sendiri satu sajian, iaitu "kulat sisir goreng". Mudah jer..

Bahan:
Secawan kulat sisir (sejenis cendawan agak liat yang tumbuh pada batang getah mati). Bersihkan dan rendam sekejap di dalam air suam/panas, dan kemudiannya disejatkan.
Sebiji bawang (dipotong halus)
Lima ulas bawang putih (dimayang halus)
Tiga biji cili
Sebiji telor
Sedikit garam
Sedikit gula

Caranya:
Goreng bawang putih dan bawang meranh dengan sedikit minyak. Selepas berbau harum, masukkan telur, dan goreng hancur. Kemudian masukkan semua bahan lain yang dinyatakan, dan goreng sehingga berbau seperti masak, dan angkat.
Boleh dihidangkan untuk dimakan bersama nasi atau roti...

NOTA: Boleh juga dimasukkan daging (atau ayam) cincang ke dalam ramuan ini.




No comments:

Post a Comment