Sunday, December 27, 2015

Kenduri Anak Perempuan Pasangan Zulham & Roshita USM

Berikut gambar-gambar kemeriahan sekitar kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuan pasangan Zulham & Roshita, yang di adakan di perkarangan Rumah Tamu USM Pulau Pinang:




Kenduri Perkahwinan Anak dan Sambut Menantu Haji Suhaimi

Pada malam jumaat dan hari jumaat, 25 Disember 2015, bertempat di Taman Wangi dan Dewan MD Gua Musang, telah diadakan kenduri perkahwinana anak perempuan dan sambut menantu perempuan keluarga sahabat saya, Haji Suhaimi Othman. Alhamdulillah, majlis amat meriah. Dirakamkan kemeriahan tersebut sebagai kenangan:













Wednesday, December 16, 2015

Hari Terakhir Pelaksanaan Kursus RTK532

Hari ini, khamis 17 Disember 2015, adalah hari terakhir pelaksanaan kursus RTK532 (Tourism Policy and Organisation). Berikut suasana sesi terakhir tersebut:


Pada 4 Januari 2016, mereka telah menduduki peperiksaan... Selamat berjaya cemerlang, semua...




Koleksi Kata-kata Hikmah Imam As-Syafie


Situasi Mencemaskan Di Jambatan Pemberian, Kuala Krai, Kelantan

Pada akhir November 2015, air Sungai Lebir, Kelantan telah naik dan mencecah lantai jambatan sementara yang di bina di Kampung Pemberian, Kual Krai, Kelantan (yang menggantikan jambatan terdahulu yang hanyut akibat banjir besar pada akhir tahun 2014).

 
Ini amat membimbangkan penduduk yang bergantung kepada jambatan sementara ini untuk mereka berulang-alik ke tempat mencari nafkah dan ke bandar Kuala Krai, dan lain-lain. Berikut gambar-gambar yang dikirimkan oleh pasukan NGO Al-FALAH, Kuala Krai yang turut membantu membersihkan halangan kayu yang terlekat pada jambatan sementara tersebut:





Malangnya, jambatan di atas juga akhirnya runtuh akibat rempuhan kayu yang tersekat di jambatan berkenaan. Kejadian berlaku pada 29 Disember 2015.

Pada 31 Disember 2015, Angkatan Tentera Malaysia telah membina jambatan sementara terapung (jetfloat) bagi memberikan laluan sementara kepada penduduk terjejas:



 Malang sekali lagi, apabila pada 3 Januari 2016, jambatan berkenaan juga "tersadai" akibat kayu kayan yang hanyut, dan pihak ATM sekali lagi dikerah membantu mengangkut penduduk (terutama pelajar sekolah) untuk berulang-alik, dengan menggunakan bot:
InsyaAlah dalam masa terdekat akan dibina pula jambatan sementara (besi), dan akhirnya jambatan kekal baru insyaAllah akan siap dalam temph setahun (sekitar tahun 2017).
Begitulah setitik kesukaran dan jerih perit penduduk pedalaman dalam meneruskan kehidupan mereka. Saya sendiri telah pernah melaluinya sekitar tahun 1960an dan 1970an semasa tinggal di Kg Chenulang, Kuala Krai, Kelantan.

Nasi Goreng Kulat Sisir


Nak makan nasi goreng kulat sisir?

Bahan-bahan:
Secawan kulat sisir
2 biji telor ayam
3 cawan nasi
8 biji bawang merah (dimayang)
8 ulas bawah putih (dimayang)
Sebiji bawang holand (dimayang)
Sesudu majerin
Sedikit garam, gula
3 sudu kicap pekat manis
Sebiji limau nipis/ 3 biji limau kasturi 
10 biji cili merah (lada burong)(tumbuk separuh hancur)
Setengah cawan ikan bilis (direndam sekitar 10 minit di dalam air dan toskan)
Daun bawang
Sedikit minyak

Caranya:
Panaskan kuali, goreng telor dengan majerin dan sedikit gula, dendena dipastikan telor hancur-hancur. Bila sudah berbau harum, keluarkan.
Panaskan kuali dengan minyak, dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga berbau harum, kemudian masukkan bawang besar holand serta kulat sisir dan bilis. Goreng hingga layu, dan masukkan nasi, kicap, garam, daun bawang, gula, telor goreng dan perahan air limau.
Goreng sekitar 3 minit dengan api kecil, dan angkat.

Di atas adalah kulat sisir. Di bawah, nasi goreng yang siap untuk di makan...

Telor Masin

Minat makan telor itik jeruk (telor asin/masin)? Ia agak mahal sekarang. Jika beli telor itik, dan buat sendiri telor asin/jeruk, murah sedikit, dan mudah untuk didapatkan, serta lebih terjamin kebersihannya:

Caranya:
Rebus garam 2 cawan bersama secawan air. Biarkan garam hancur, sejukkan (pastikan betul-betul sejuk), dan masukkan telor itik yang telah dibersihkan. Pastikan telor-telor itik tersebut tenggelam sepenuhnya di dalam larutan garam tersebut. Peramkan selama antara 4-6 hari, dan bolehlah dimakan, Ops, direbus dan dimakan...

Ini telor masin berkenaan yang saya hasilkan sendiri...


Saturday, December 12, 2015

Raya Qurban

Berikut gambar suasana raya Qurban 24-25 September 2015 bersama sanak saudara di rumah saya:





Sekitar Langkawi

Berikut rakaman sekitar Langkawi yang saya rakam pada 17-18 Oktober 2015.







Pemandangan Sekitar Utara Sabah 26-27 November 2015

Sebagai tambahan kepada tugas rasmi di Sabah, saya dan beberapa ahli kumpulan berkenaan (merangkumi pelbagai institusi pengajian) telah menyusur sekitar utara Sabah. Berikut dirakamkan pemandangan yang berkaitan, yang mempunyai ceritanya yang tersendiri: