
Ini amat membimbangkan penduduk yang bergantung kepada jambatan sementara ini untuk mereka berulang-alik ke tempat mencari nafkah dan ke bandar Kuala Krai, dan lain-lain. Berikut gambar-gambar yang dikirimkan oleh pasukan NGO Al-FALAH, Kuala Krai yang turut membantu membersihkan halangan kayu yang terlekat pada jambatan sementara tersebut:
Malangnya, jambatan di atas juga akhirnya runtuh akibat rempuhan kayu yang tersekat di jambatan berkenaan. Kejadian berlaku pada 29 Disember 2015.
Pada 31 Disember 2015, Angkatan Tentera Malaysia telah membina jambatan sementara terapung (jetfloat) bagi memberikan laluan sementara kepada penduduk terjejas:
Malang sekali lagi, apabila pada 3 Januari 2016, jambatan berkenaan juga "tersadai" akibat kayu kayan yang hanyut, dan pihak ATM sekali lagi dikerah membantu mengangkut penduduk (terutama pelajar sekolah) untuk berulang-alik, dengan menggunakan bot:
InsyaAlah dalam masa terdekat akan dibina pula jambatan sementara (besi), dan akhirnya jambatan kekal baru insyaAllah akan siap dalam temph setahun (sekitar tahun 2017).
Begitulah setitik kesukaran dan jerih perit penduduk pedalaman dalam meneruskan kehidupan mereka. Saya sendiri telah pernah melaluinya sekitar tahun 1960an dan 1970an semasa tinggal di Kg Chenulang, Kuala Krai, Kelantan.
No comments:
Post a Comment