Berikut adalah salinan semula daripada Grup x-BPG tentang Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur:
Siapakah
Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di
antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari.
Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.
Maarof
anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok
Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan
tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16
September 1895 - 23 Oktober 1973).
Bekas
peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan
nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako
(14 November 1909 - 7 November 1991). Bezanya, ketika nasionalis negara
dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih
haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu
iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.
Niatnya
cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun,
mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia
melalui sistem perbankan yang sistematik.
Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh Maarof Zakaria yang juga seorang peguam.
Inilah
bank pertama yang khusus untuk orang Melayu. Bank ini terletak di Klang
Street, Kuala Lumpur. Bank ini ditubuh dengan bermodalkan 27 ekar tanah
dan mempunyai 2 juta saham yang hanya dibuka kepada orang Melayu.
Semasa
penubuhannya, bank asing yang beroperasi adalah The Chartered Bank
(milik British) dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).
Kedua-dua bank ini tidak memberikan perkhidmatan pinjaman wang kepada
orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu terpaksa berurusan dengan
ceti-ceti untuk mendapatkan pinjaman wang dan dikenakan kadar faedah
yang tinggi. Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya, Maarof telah
diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di
Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seremban, Negeri
Sembilan.
Selepas tiga
hari diculik, mayatnya ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati,
digantung pada sebatang pokok dalam hutan, berhampiran Batu 13, Jalan
Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947.
Jam
Rolex yang baru dibelinya serta wang tunai tidak diusik, ini menunjuk
pembunuh hanya berniat untuk melenyapkan mangsa dan bukan menjadikan
mangsa sebagai tebusan atau mangsa rompakan
Untuk
pengetahuan pembaca , En. Maarof Hj. Zakaria ini adalah bapa kepada
seniman veteran Allahyarham Mustapha Maarof, ketika kejadian ini
Allahyarham masih menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Sehingga ke hari ini kes ini masih menjadi misteri...
Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.
No comments:
Post a Comment