Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi, jumaat 2 Jun 2017, semasa seramai 12 pelajar dan dua orang ustaz dari Maahad
Tahfiz Al-Hashimi, Kampung Tualang menaiki van jenis Maxus V80 Weststar sedang dalam perjalanan dari Kampung Tualang, Kuala Krai ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota
Bharu untuk menghadiri aktiviti tafsir al-Quran. Tujuh pelajar maut. akibat kemalangan dekat Kampung Telekong, Kuala Krai.
LAPORAN AWAL
BOMBA adalah seperti berikut:
Assalamualaikum
& Salam NagaraKu Malaysia
Tuan,
1. Makluman
Kejadian: Kemalangan Jalanraya
2. Perihal
Kejadian: Kemalangan melibatkan sebuah Van membawa pelajar Tahfiz
terbabas jatuh parit dan 14 mangsa terlibat. 5 tersepit dan 9 di
keluar oleh orang awam
3.
Bertarikh: 02.06.2017
4. Alamat:
Kg. Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kuala Krai, Kelantan
5. Terima:
09:45
6. Jentera:
1 FRT BBP Kuala Krai & 1 FRT Machang
7. Jentera
Sampai: 10:00
8. Balai
Terlibat: BBP Kuala Krai
9: Bil.
Jentera: 2
10. Bil.
Anggota: 12 anggota
11. Ketua
Operasi: PBK II Zubaderi bin Dahari
12: KOK :
PPgB Shapawi bin Stapa
(5 Maut 9
cedera parah)
7 pelajar tahfiz maut di Kuala Krai
Oleh
ROSMIZAN RESDI dan NURAIKHA SHARIPUL BAHARI
KUALA KRAI –
Tujuh pelajar tahfiz yang sedang dalam perjalanan ke Stadium Sultan Muhammad
IV, Kota Bharu untuk menghadiri aktiviti tafsir al-Quran maut apabila van yang
mereka naiki merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong di sini semalam.
Dalam
kejadian pada pukul 9.30 pagi, seramai 14 orang termasuk dua ustaz dari Maahad
Tahfiz Al-Hashimi, Kampung Tualang menaiki van jenis Maxus V80 Weststar untuk
menyertai program itu yang diadakan sempena program Madinah Ramadan di stadium
tersebut.
Kemalangan
itu mengakibatkan lima pelajar tahfiz iaitu Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18;
Muhamad Rahman Rozali, 17, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik
Ahmed Rithaudden, 14 dan seorang pelajar warga Thailand, Sarifuddin Muhammad,
14, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua lagi
lagi mangsa, Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Muhammad Hakimi Mohd. Dahalan, 17,
meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Kuala Krai di sini.
Dua ustaz
pengiring iaitu Muhammad Hamzi Muhammad Husam, 24 dan Muhamad Izzat Muhamad
Nor, 24 bersama lima lagi pelajar turut mengalami kecederaan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm (3 Jun 2017)
Seseorang telah menirimkan video berkaitan kemalangan tersebut kepada saya pada 3 Jun 2017 (Hak sebenar video tidak dapat dipastikan. Kredit kepada pembikinnya):
No comments:
Post a Comment