Sunday, November 17, 2013

"NERAKA ABAH"... Bagus, Tapi ...

Pada malam 14 November 2013, saluran TV3 menayangkan cereka/drama berjodol "Neraka Abah". Secara kebetulan saya menonton cerita ini, dan setelah menonton seketika, saya membuat keputusan "meneruskan" menonton sehingga tamat, kerana hati saya berkata, "Bagus gak cerita ni...". Ia memberikan keinsafan terutama kepada seorang lelaki bergelar "bapa" seperti saya yang mesti "bertanggungjawab" dalam menjaga keluarga.

Cerita itu tentang seorang bapa (saya sebut sebagai "bapa") kaki dadah dan judi yang teruk yang melakukan perbuatan "teruk" terhadap isterinya (yang kemudianya meninggal dunia), dan 2 anak lelakinya, yang abangnya (saya sebut sebagai "abang")(tak silap saya bernama Hakimi) yang sedang menuntut di sebuah sekolah menengah dalam tingkatan lima (dah dekat nak ambil SPM) dan adiknya (disebut "adik") yang bersekolah di sekolah kebangsaaan. Kehidupan keluarga ini ditunjukkan amat daif dan si abang terpaksa ponteng sekolah dan bekerja  Ditunjukkan juga adegan seorang guru wanita (saya sebut "guru") yang cuba membantu, dimana dua kali guru itu pergi ke rumah bapa itu yang kali pertama ditunjukkan guru itu hampir-hampir menjadi mangsa ... si bapa. Ada ditunjukkan juga adegan dua beradik berkenaan yang saling rasi dan mesra hubungan, dimana abang menarik kuda plastik yang ditunggang adik dengan rasa gembira dan ceria.

Drama ini di war-warkan dicalonkan untuk Anugerah....

Namun saya musykil atas beberapa perkara berikut:
Pertama: Saya lihat, pakaian yang dipakai oleh adik, abang dan bapa tu semuanya baru-baru belaka (saya tak pasti jenamanya). Tak ada la pula pakaian lusuh yang dipakai. Gambar keluarga miskin ker ni?
Kedua, kuda plastik yang adik naiki juga baru dan belum terjejas. Walaupun harga kuda tu mungkin RM10, tapi bukankah itu juga manifestasi bahawa mereka bukan orang miskin?
Ketiga, kali pertama cikgu tu pergi ke rumah bapa, dia hampir menjadi mangsa ... si bapa. Namun, kenapa pula kali kedua cikgu tu pergi, dan setelah tahu 2 beradik tu tak ada di rumah, dia masih masuk ke dalam rumah, dan akhirnya.... Takkan la seorang guru sekolah menengah, yang rata-rata memiliki ijazah, dan dah ada mengalami "saat getir" sebelum itu, masih tidak dapat membuat "penjangkaan" bahawa perbuatannya (kali kedua) sedemikan meletakkannya dalam risiko/bahaya? Tidak cerdik sangat la guru tu!
Keempat, ada adegan ditunjukkan guru tersebut mengajak abang pergi ke sekolah untuk berjumpa "Guru Besar". Ungkapan "guru besar" tu menggambarkan bahawa cikgu tersebut tak tahu bahawa di sekolah menengah, guru besar dipanggil "Pengetua".

No comments:

Post a Comment