Setinggan pun ada hak?
Di atas adalah cabutan dari buku, Abdul Aziz Hussin. 2015. Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Edisi Ke 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, di hlm. 10-11.
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Monday, October 26, 2015
Thursday, October 22, 2015
Haiwan Aneh. ANEHKAH CIPTAAN INI?
Pada 7 Oktober 2015, pihak berita Agensi melaporkan bahawa penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket, Thailand gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya. Haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau. Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.
Syaikh Abu Yazid al-Bistami ditanya oleh seseorang, “Mengapa Allah menciptakan makhluk?”
Beliau menjawab, “Allah menciptakan makhluk untuk menunjukkan kekuasaan-Nya; Dia memberikan rezeki kepada mereka untuk menunjukkan kemurahan-Nya; Dia menghidupkan mereka untuk menunjukkan kebesaran-Nya; Dia mematikan mereka untuk menunjukkan keperkasaan-Nya; Dia menghitung amal mereka untuk menunjukkan keadilan-Nya; Dia memasukkan mereka ke dalam syurga untuk menunjukkan karunia dan kasih sayang-Nya; Dia memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka untuk menunjukkan murka dan azab-Nya.”

Sunday, October 11, 2015
Kemalangan Yang Berlaku Secara Malang (Accident by Accident/Misfortune)
Satu kemalangan jalanraya yang berlaku secara malang (road accident by accident/misfortune) telah berlaku pada sekitar 6.35 pagi, Sabtu 10 Oktober 2015, iaitu seperti berikut:
Sebuah apabila
lori kontena yang menuju arah utara dilanggar dari belakang oleh sebuah
lori lain menyebabkan lori kontena itu terbabas dan melanggar tiang papan tanda
ysng terletak di pembahagi jalan. Kejadian berlaku di KM399.6 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Tanjung Malim, Perak, sehingga mengakibatkan struktur
papan tanda tersebut tumbang, dan akibatnya, berlaku satu kemalangan jalanraya yang berlaku secara malang, dimana struktur
papan tanda tersebut jatuh
menghempap ke atas sebuah kereta yang datang dari
arah selatan. Pihak PLUS Berhad memaklumkan tiga mangsa maut
dilokasi, dua lelaki dan seorang perempuan (pemandu, penumpang kereta).
Menurut hebahan laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM), kejadian tersebut menyebabkan
semua lorong terhalang di kedua-dua arah. Trafik terhenti
sepanjang 2 kilometer menghala lokasi di kedua-dua arah.
NOTA:
Mereka yang terbunuh kerana malang (by misfortune) itu adalah Dzulkarnain
Kamaruzzaman, 64, isteri beliau, Jamnah Ibrahim, 56 dan anak
perempuan mereka, Nur Juliana, 17.
Itu luahan Zainal Alam
Kamaruzzaman, 56, adik kepada Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, yang
terbunuh apabila kereta yang dinaikinya dihempap papan tanda selepas
struktur itu dilanggar sebuah lori kontena di KM399.6 Lebuhraya PLUS
arah utara, dekat Tanjung Malim, pagi Sabtu.
Turut terkorban dalam kejadian 6.35 pagi itu ialah isteri Dzulkarnain,
Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nur Juliana, 17.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Saturday, October 10, 2015
Semoga Allah Menghimpunkan Allahyarham Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Sebagai Salah Seorang Ahli Syurga...
Pihak agensi berita BERNAMA melaporkan pada 9 Oktober 2015, bahawa pensyarah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Prof Dr
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer
13.5 (iaitu di Renok Baru) Jalan Gua Musang-Kuala Krai, sekitar jam 8.45 malam.
Beliau dan muridnya dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kampung Lakloh, Kuala
Krai untuk membuat persiapan majlis penyerahan 11 rumah bantuan banjir yang
dijadual dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri
Mustapa Mohamed keesokan harinya. Dilaporkan bahawa kejadian itu berlaku
membabitkan tiga kenderaan termasuk Perodua Myvi yang dipandu mangsa, kenderaan
pacuan empat roda Toyota Hilux dan Proton Saga mengorbankan Mohamad Suhaily
Yusri, 42, manakala tiga cedera dan enam yang lain tidak mengalami kecederaan
termasuk kanak-kanak dua beradik.
Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah adalah Pengerusi
Jawatankuasa Bencana ResQ UPSI. Beliau berasal dari Kampung Wakaf Bunut,
Limbongan, Pasir Puteh.
Mayat Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat, dan dituntut keluarganya awal pagi 10 Oktober 2015, dan telah dikebumikan di kampungnya di Pasir Puteh.
Saturday, October 3, 2015
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Abang Musa
Pada tengah hari sabtu, 3 Oktober 2015, diadakan Majlis Kenduri sempena perkahwinan anak perempuan sahabat saya, Musa dan Kak Nah di Dewan Perbandaran, Sungai Petani. Alhamdulillah majlis meriah dan berjalan lancar...
Thursday, October 1, 2015
Nasib Jambatan Setelu, Jalan Gua Musang-Jeli. Nasib Pengguna...
JAMBATAN SETELU: Pada akhir Disember 2014, jambatan berkenaan, yang gah berdiri, telah musnah terus akibat dilanggar kederasan air yang membawa bersamanya batang-batang kayu besar yang menerjahnya...
Pada pertengahan tahun 2015, jambatan sementara yang berharga hampir RM1 juta telah siap dibina. Ia adalah besi jambatan satu lorong. Apapun, ia amat melegakan penduduk setempat dan juga pengguna jalan berkenaan, walaupun ada juga dilaporkan kenderaan yang menjunam ke dalam sungai (tetapi bukan semasa menggunakan jambatan sementara, tetapi kerana pemandunya tidak menyedari bahawa jambatan asal telah "hilang")
Namun, pada 1 Oktober 2015, paras air mula naik dan jambatan berkenaan hilang tenggelam sekejap, tapi alhamdulillah telah "wujud" semula...
Di bawah ini pula gambar bahagian jambatan yang runtuh, yang makin melebar. Gambar dirakam seorang sahabat pada 3 Oktober 2015:
Semoga... jambatan tersebut terus wujud...dan jambatan kekal yang dijanjikan akan dibina, ...dapat dibina (dan disiapkan) segera...

Subscribe to:
Posts (Atom)