JAMBATAN SETELU: Pada akhir Disember 2014, jambatan berkenaan, yang gah berdiri, telah musnah terus akibat dilanggar kederasan air yang membawa bersamanya batang-batang kayu besar yang menerjahnya...
Pada pertengahan tahun 2015, jambatan sementara yang berharga hampir RM1 juta telah siap dibina. Ia adalah besi jambatan satu lorong. Apapun, ia amat melegakan penduduk setempat dan juga pengguna jalan berkenaan, walaupun ada juga dilaporkan kenderaan yang menjunam ke dalam sungai (tetapi bukan semasa menggunakan jambatan sementara, tetapi kerana pemandunya tidak menyedari bahawa jambatan asal telah "hilang")
Namun, pada 1 Oktober 2015, paras air mula naik dan jambatan berkenaan hilang tenggelam sekejap, tapi alhamdulillah telah "wujud" semula...
Di bawah ini pula gambar bahagian jambatan yang runtuh, yang makin melebar. Gambar dirakam seorang sahabat pada 3 Oktober 2015:
Semoga... jambatan tersebut terus wujud...dan jambatan kekal yang dijanjikan akan dibina, ...dapat dibina (dan disiapkan) segera...
No comments:
Post a Comment