Thursday, October 22, 2015

Haiwan Aneh. ANEHKAH CIPTAAN INI?



Pada 7 Oktober 2015, pihak berita Agensi melaporkan bahawa penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket, Thailand gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya. Haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau. Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.
 
 



Syaikh Abu Yazid al-Bistami ditanya oleh seseorang, “Mengapa Allah menciptakan makhluk?
Beliau menjawab, “Allah menciptakan makhluk untuk menunjukkan kekuasaan-Nya; Dia memberikan rezeki kepada mereka untuk menunjukkan kemurahan-Nya; Dia menghidupkan mereka untuk menunjukkan kebesaran-Nya; Dia mematikan mereka untuk menunjukkan keperkasaan-Nya; Dia menghitung amal mereka untuk menunjukkan keadilan-Nya; Dia memasukkan mereka ke dalam syurga untuk menunjukkan karunia dan kasih sayang-Nya; Dia memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka untuk menunjukkan murka dan azab-Nya.” 


No comments:

Post a Comment