Thursday, February 28, 2013

Manifesto


Manifesto adalah suatu penyataan bertulis yang mengisytiharkan secara terbuka (kepada umum) tentang niat, motif dan pandangan pihak yang mengemukakan/mengeluarkan manifesto tersebut. Ianya dikatakan mula digunakan dalam tahun 1620, dan berasal daripada perkataan Latin, iaitu manifestus.

Merriam-Webster Dictionary  http://www.merriam-webster.com/dictionary/manifesto (1 Mac 2013)

Manifesto hendaklah dikira sesuatu yang rasmi dan ada kesannya di sisi undang-undang.

Kes Gitlow v. People (268 U.S. 652 (1925) adalah berkenaan seorang dituduh atas kesalahan jenayah kerana manifestonya dikatakan bertentangan dengan undang-undang dan bercadang menggulingkan kerajaan yang sah dengan cara yang salah.

Kes Dimmock v. Secretary of State for Education and Skills (2007)(Mahkamah Tinggi England dan Wales) juga berkaitan dengan manifesto, dimana boleh dirumuskan bahawa jika manifesto itu terbukti boleh dipercayai dan boleh diterima dan berasaskan, antaranya, kajian bukti saintifik, maka ia adalah manifesto yang baik.

Saya berpendirian bahawa manifesto adalah juga merupakan  sejenis "JANJI". Jika pembuat manifesto tersebut adalah orang Islam, atau kelompok yang mana ahli pembuat manifestonya adalah terdiri daripada orang Islam, maka saya ingin kongsikan nas berikut:

Di antara tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu jika bercakap dia berbohong. Apabila berjanji dia mengingkari janji, dan sekiranya diberikan amanah dia mengkhianatinya.”

Hadis riwayat Muslim

 

Dengan itu, manifesto mestilah:

Berakauntabiliti

Munasabah

Bermoral dan tidak menyalahi undang-undang atau hukum agama berkaitan

Boleh diimplimentasi

 

 

Monday, February 25, 2013

Kuah kari sardin

Diantara makanan kegemaran saya adalah capati dan roti nan.
Salah satu kuah yang saya amat minat semasa makan  capati dan roti nan adalah kuah  kari sardin (ikan). Kalau nak makan  capati dan roti nan, kena la pergi ke kedai/warung  capati dan roti nan, kan? Tapi, kalau malas nak pergi, boleh juga beli  capati dan roti nan dan masak/goreng sendiri.
Masaalahnya, macam mana nak dapatkan kuah kegemaran, kuah kari sardin???? Tak kan nak pergi ke kedai roti canai dan,..."Nak beli kuah kari sardin, boleh, mamak?"
Jadi, macam mana nak selesaikan masaalah ni? Emm, buat sendiri la wey...
Semalam, 25 Februari 2013, saya belajar buat kuah kuah kari sardin daripada seorang "Mami"... Ha, ni la resepinya...

Bahan-bahan dan caranya:
Bawang merah (dimayang halus), bawang putih (dimayang halus), biji sawi, halba, jintan manis dan daun kari ditumis dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan rempah kari ikan
Masukkan sardin ikan yang telah dihancurkan sedikit. Masukkan bawang besar yang dah dipotong besar. Masukkan sedikit gula dan garam.
Boleh masukkan sedikit santan, jika suka.

Saya dah buatnya malam tadi. Emmm...sedaaap...
Anakanda abah dengan gelaran "Abang Cik" yang suka memasak tu, nak cuba?

Ni gambarnya...

Saturday, February 23, 2013

Makan "merapu"...

Kadang-kadang tu kita rasa nak ubah selera, dan tak mau makan nasi, kan? Terutamanya bagi makan malam, ni alternatif makanannya.. namanya, "makan merapu", he he he..

Bahan-bahannya
Beberapa potong lobak merah, bunga kobis, ketiak jagung (semuanya dikukus sekejap)
Hirisan daun salad (lactuse), kobis, tomato hijau/kuning
Kentang (direbus)
Mayonis

Caranya
Gaulkan semuaa bahan tadi

Makan dengan daging bakar



Berkongsi Ilmu

Pada 23 Februari 2013, saya memberikan ceramah KEPIMPINAN & PENGURUSAN KELAB/PERSATUAN/BADAN BERUNIFORM bagi para Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK pelajar Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah.
Alhamdulillah ceramah tersebut berjalan baik, dan nampaknya para pelajar seronok (terutama semasa tayangan video, he he he..)
 
 
 


 
 

 

 

Thursday, February 21, 2013

Dahulu...sekarang....


Dahulu (Sekarang)

Asas (Basik)

Kira-kira  (Akaun)

Jurukira  (Akauntan)  

Ilmu hisab (Matematik)   

Pemandu (Dreba) 

Ilmu alam (Geografi)

Tawarikh  (Sejarah)

Tempat (Venu)

Belanjawan (Bajet)

Kesan  (Implikasi)

Keadaan (Situasi)

Pemakaian (Aplikasi)

Lawak (Komedi)

Buah fikiran (Idea)

Pendatang (Imigran)

Perbuatan (Aksi)

Ilham (Inspirasi)

Perhubungan (Komunikasi)

Terima kasih (Tenkiu)

Maklumat (informasi)

Pawagam (sinema)

Kugiran (band)

Mata-mata (konstabel)

Pejabat (ofis)
 
Pengaduan (komplen)


Dua hari lepas, seorang pembaca berita sebuah stesyen televisyen menyebut, antaranya, "...polis turut menemui sebiji pistol"... Tu la zaman sekarang....ha ha ha ha....

Sebelum itu, juga dalam berita televisyen, ada dinyatakan, antaranya, "... kerajaan turut mempergiatkan pembangunan prasarana dan infrastruktur..." Hi...hi hi hi....

Dalam satu program tv yang popular di satu rangkaian tv yang popular, pengacaranya, ada menyabut, antara lain, "Konklusinya, dalam operasi ini, terdapat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, dan melakukan modifikasi. Dalam satu insiden, kapasiti enjin dan suspensinya diragui". Kah, kah kaaah....
                                                                             

 

    

 

   

         

 


 

 

 

 

  

 

 

 

 

Berkongsi Ilmu

Pada 13-14 Februari 2013, saya mengendalikan kursus tatatertib kepada Pegawai-pegawai TUNAS MPOB di Institut KWSP, bangi, Selangor. Kursus berjalan amat baik, hingga ke malam...Fuuuuhh..rajin sungguh pegawai-pegawai MPOB ni....
Er...Pegawai TUNAS PK...????
Saya terpinga-pinga semasa mereka menyebutnya... Emmm...rupa-rupanya "TUNAS" tu "Tunjuk Ajar Tanaman Sawit", dan "PK" tu "Pekebun Kecil Sawit"... he he he...



 



 





 




Wednesday, February 20, 2013

Tesco Extra

Gamabr ini daimbil pada jam 7.55 pagi, ahad 3 Februari 2013. Ada "sesuatu yang tak kena"... Cuba perhatikan baik-baik...

Kenduri

Ni gamabr seorang staf KESEDAR, Azmi semasa kenduri anak perempuannya di Taman Wangi, Bandar Baru Gua Musang pada 26 Januari 2013

 

Sahabat lama

Seorang sahabat saya, ISMAIL DAUD mengirimkan gambar berikut:

Friday, February 8, 2013

Salahguna BR1M

Niat murni Kerajaan membantu rakyat amat la kita sanjungi, dan amat patut kita berterima kasih. Pelbagai bantuan yang diberikan, dan bolehlah kita kategorikan "sedekah Negara kepada rakyat yang memerlukan". Namun malang sekali terdapat beberapa cerita (walaupun kes terpencil) yang perlulah kita sama-sama renungi, mengambil inisiatif mempelbetulkan, dan mencari jalan keluar. Berikut ini diantara kes-kes berkenaan.
1. Pada hari catatan ini dimasukkan dalam blog ini, saya mendapat "aduan" bahawa seorang suami muda yang baru 2 hari mendapat bantuan RM500 itu telah lesap, dan "terlupa" untuk menyalurkan nafkah itu kepada isteri dan dua anaknya yang berumur 4  tahun dan 8 bulan. Saya difahamkan si suami ini seorang penagih dadah dan banyak hutang dengan pengedar, dimana 4 hari sebelum ini dia telah ditahan sebagai tebusan sementara oleh sekumpulan kaki pengedar. Kes itu selesai setelah si bapa pergi membayar hutang dadah.
2. Semasa saya di pejabat 4 hari lepas, seorang staf saya sedang menitiskan air mata, dan bila ditanya "Kenapa?", dia menjawab, "Suami saya yang dapat duit BR1M dah habiskan duit tu berjudi...."
3. Malam tadi (9 Feb 2013), saya dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa ada satu lagi kes penyalahgunaan BR1M... Seorang cucu remaja manja (lelaki) telah meminta atoknya belikan motosikal terpakai (second-hand). Atok tadi pun terus belikan motosikal dengan menggunakan wang BR1M, kerana sayangkan cucunya. Nak jadi cerita, malam tadi motosikal tersebut, yang ikut ceritanya digunakan cucu tersebut untuk berlumba haram (rempit) malam minggu, telah rosak teruk kerana terbabas, dan cucu berkenaan sedang berada di hospital (dirawat kerana cedera)....

Bukan salah kerajaan, tetapi salahguna pemberian ikhlas orang. Orang apakah ini????

Buka senang nak jadi senang, dan bukan senang-senang orang nak berikan kita RM500, tetapi bukan susah pun jika kita nak habiskannya. Yang penting, apakah "nilai wang" itu yang kita manfaatkan. Fikir-fikirkan, dan ambillah iktibar, dan mungkin mencari cara terbaik menyelesaikan "kes-kes terpencil" seperti ini.

Monday, February 4, 2013

Gunung Jerai, Kedah

Berikut ini beberapa keping gambar sekitar Gunung Jerai, Kedah, yang saya rakam pada 12 Januari 2013. Perhatikan setiap gambar betul-betul sebab terdapat sesuatu yang tersirat yang saya nak kongsikan....


 








Lempeng

Ni adalah lempeng durian bersantan.
Cara membuantnya mudah jer...
Bancuh tepung gandum dengan durian, sedikit santan, garam dan serbuk penaik, dan kisarkan supaya adunannya sebati.
Simpan sekitar 2 jam agar ianya naik (kembung)(bukan naik atas poko la wey...)
Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak, lapik daun pisang, dan masukkan bancuhan tepung tadi... Emmm, ia jadi macam ni la....



Lepas tu, tutup kuali sekejap, dan kalau dah berbau wangi tu (jangan sampai berbau hangit, tau), angkat la, dan terbalikkan pula lempeng tu, dan masakkan yang sebelah lagi (seeloknnya guna daun pisang yang lain semasa menterbalikkannya). maka, jadi la macam ni....

Buku-buku Edisi baru

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menerbitkan 2 buku saya dengan kedua-duanya adalah EDISI KEDUA, iaitu
Pengenalan Kepada Undang-undang Kontrak
Panduan Umum Undang-undang jenayah Di Malaysia

ISI KANDUNGAN
PRAKATA EDISI PERTAMA                                                                                      
PRAKATA EDISI KEDUA                                                                                                       
SENARAI KES                                                                                                          
SENARAI SATUT                                                                                                                  
SINGKATAN                                                                                                                         
BAB SATU
PENGENALAN
Pendahuluan                                                                                                                         
Erti Jenayah                                                                                                                          
Jenayah dan Kesalahan                                                                                                         
Ciri-ciri Jenayah                                                                                                                     
Niat yang salah (mens rea)                                                                  
Tindakan yang salah (actus reus)                                                                    
Keadaan khas: Tanggungan keras                                                       
Had Masa                                                                                                                              
Beza di Antara Jenayah Dengan Undang-undang Yang Lain                                         
BAB DUA
CUBA MELAKUKAN JENAYAH
Pendahuluan                                                                                                                         
Erti ‘Cuba Melakukan Jenayah’                                                                                   
(a) Niat jahat (mens rea)                                                                                             
 (b) Persediaan atau persiapan dalam melakukan jenayah                                
(c) Cuba melakukan jenayah                                                                           
(d) Perbuatan jenayah yang lengkap                                                               
BAB TIGA
SUBAHAT DAN PAKAT JAHAT JENAYAH DALAM MELAKUKAN JENAYAH
Pendahuluan                                                                                                                         
Erti “Subahat”                                                                                                             
(a) Subahat dengan cara menghasut                                                               
(b)Subahat dengan cara membantu                                                                 
(c) Subahat dengan cara sama-sama mengambil bahagian dalam
      Pakatjahat                                                                                                           
Tanggungan Dan Hukuman Kepada Penyubahat                                                         
(a) Tanggungan penyubahat akibat daripada perbuatan orang yang
      Disubahati                                                                                                           
(i)Tanggungan dan seksaan bagi penyubahat jika orang yang di
      subahati itu melakukan perbuatan dengan niat yang lain
      daripada niat penyubahat                                                                         
(ii)Tanggungan penyubahat dalam sesuatu perbuatan tetapi perbuatan
      lain pula yang dilakukan.                                                                          
(b) Tanggungan Penyubahat Mengikut Jenis Kesalahan yang Disubahati          
(i) Menyubahati Kesalahan yang Boleh Dihukum dengan Hukuman
    Bunuh atau Penjara Seumur Hidup                                                              
(ii) Menyubahati Kesalahan Yang Boleh Dihukum dengan Dipenjara                  
Pakatjahat jenayah                                                                                                     
Erti “Pakatjahat Jenayah”                                                                                            
BAB EMPAT
PEMBELAAN DALAM TUDUHAN JENAYAH
Pendahuluan                                                                                                                         
Gila Atau Tidak Sempurna Akal                                                                                  
Terpaksa Atau Silap Fakta                                                                                                     
Perbuatan Tanpa Niat Jenayah Dan Bagi Menahan Kerosakan Lain                               
Perbuatan Kanak-kanak                                                                                                         
Kejadian Tidak sengaja Atau Malang                                                                           
Perbuatan Hakim Yang Bertindak Secara Kehakiman                                                   
Perlakuan Yang Diluluskan Oleh Undang-undang                                                         
Dilakukan Dengan Kerelaan                                                                                        
Kerana Mabuk                                                                                                           
Kerana Diugut, Diancam Atau Dipaksa                                                                        
Menyebabkan Kerosakan Terlalu Kecil                                                                        
Dilakukan Untuk Faedah Seseorang                                                                           
Pertahanan Persendirian                                                                                                        
(a)        Hak pertahanan persendirian                                                               
(i)         Pertahanan diri sendiri                                                                        
(ii)        Pertahanan diri orang lain                                                                               
(b)        Hak pertahanan persendirian                                                                           
(i)         Pertahanan hartanya sendiri                                                                
(ii)        Pertahanan harta orang lain                                                                 
Hak Istimewa Diri Daripada Tanggungan Jenayah                                                        
BAB LIMA
HUKUMAN
Pendahuluan    
Hukuman Dan Kaitannya Dengan Hak Keadilan Asasi Manusia                         
Prinsip Dalam Menghukum                                                                                         
Tujuan Hukuman Dilaksanakan                                                                                   
            Tujuan membalas                                                                                           
            Tujuan perlindungan                                                                                       
            Tujuan memberi keinsafan                                                                              
            Tujuan pemulihan kepada penjenayah                                                  
Jenis-jenis Hukuman                                                                                                  
Apakah yang dimaksudkan “mengikut undang-undang”?                                  
Diberi amaran lisan                                                                                                    
Dikenakan denda
                                                                                                       
Diikat jamin                                                                                                                   
Diletakkan di bawah pengawasan polis                                                           
Membayar pampasan                                                                                    
Dihukum penjara                                                                                                        
Pertama: Dipenjara Jenis Pertama                                                       
Kedua: Dipenjara Jenis Yang Kedua                                                   
Dihukum sebat                                                                                               
Dihukum mati                                                                                                
Kombinasi hukuman                                                                                       
Faktor-faktor Yang Diambil Kira Semasa Menjatuhkan Hukuman                                  
Faktor-faktor yang memberatkan hukuman                                                      
Faktor-faktor yang meringankan hukuman                                                       
Faktor-faktor Yang Tidak Boleh Diambil Kira Semasa Menjatuhkan Hukuman    
BIBLIOGRAFI                                                                                                           
INDEKS                                                                                                                                



KANDUNGAN
Prakata Edisi Kedua                                                                                                  
Senarai Kes                                                                                                                
Senarai Statut                                                                                                           
Senarai Singkatan                                                                                                    
Senarai Kata Asing                                                                                                   

BAB 1
TAKRIF DAN CIRI-CIRI KONTRAK
PENDAHULUAN                                                                                                        
TAKRIF                                                                                                         
CIRI-CIRI KONTRAK                                                                                       
Tawaran                                                                                                                    
Penerimaan                                                                                                               
Niat untuk Mewujudkan Ikatan di Sisi Undang-undang                                      
Balasan                                                                                                                     
Tujuan Kontrak                                                                                               
            • Tujuan yang dilarang oleh undang-undang                                                     
            • Tujuan yang mengecewakan peruntukan undang-undang                                
            • Tujuan yang merupakan fraud                                                                       
            • Tujuan yang boleh mendatangkan atau melibatkan bencana kepada diri
            dan harta orang lain                                                                                       
            • Tujuan yang dianggap tak moral atau bertentangan dengan muslihat awam.
Keupayaan                                                                                                                
            • Dewasa                                                                                                                  
            • Berakal sempurna                                                                                        
            • Tidak hilang kelayakan                                                                                             
Kerelaan                                                                                                                    
            • Dures                                                                                                          
            • Pengaruh tak wajar atau tak berpatutan                                                         
            • Fraud                                                                                                                      
            • Salah nyata                                                                                                 
            • Silap fakta                                                                                                  

BAB 2
PELEPASAN DAN REMIDI
PENDAHULUAN                                                                                                        
PELEPASAN                                                                                                             
Prinsip Umum Mengenai Pelepasan                                                                            
Pelepasan                                                                                                                 
            • Pelepasan dengan persetujuan                                                                                 
            • Pelepasan dengan cara pelaksanaan                                                            
            • Pelepasan disebabkan kemungkiran                                                             
            • Pelepasan dengan kekecewaan                                                                                
            • Pelepasan dengan kuatkuasa undang-undang                                               
REMIDI                                                                                                         
Perkara Am Berkaitan Remidi                                                                         
Enggan meneruskan pelaksanaan yang seterusnya.                                                    
Tindakan mendapatkan ganti rugi.                                                                              
Tindakan Terhadap ‘Quantum Meruit’.                                                              
Memohon Perintah Pelaksanaan Spesifik.                                                                   

BIBLIOGRAFI                                                                                                            

INDEKS