Thursday, February 21, 2013

Dahulu...sekarang....


Dahulu (Sekarang)

Asas (Basik)

Kira-kira  (Akaun)

Jurukira  (Akauntan)  

Ilmu hisab (Matematik)   

Pemandu (Dreba) 

Ilmu alam (Geografi)

Tawarikh  (Sejarah)

Tempat (Venu)

Belanjawan (Bajet)

Kesan  (Implikasi)

Keadaan (Situasi)

Pemakaian (Aplikasi)

Lawak (Komedi)

Buah fikiran (Idea)

Pendatang (Imigran)

Perbuatan (Aksi)

Ilham (Inspirasi)

Perhubungan (Komunikasi)

Terima kasih (Tenkiu)

Maklumat (informasi)

Pawagam (sinema)

Kugiran (band)

Mata-mata (konstabel)

Pejabat (ofis)
 
Pengaduan (komplen)


Dua hari lepas, seorang pembaca berita sebuah stesyen televisyen menyebut, antaranya, "...polis turut menemui sebiji pistol"... Tu la zaman sekarang....ha ha ha ha....

Sebelum itu, juga dalam berita televisyen, ada dinyatakan, antaranya, "... kerajaan turut mempergiatkan pembangunan prasarana dan infrastruktur..." Hi...hi hi hi....

Dalam satu program tv yang popular di satu rangkaian tv yang popular, pengacaranya, ada menyabut, antara lain, "Konklusinya, dalam operasi ini, terdapat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, dan melakukan modifikasi. Dalam satu insiden, kapasiti enjin dan suspensinya diragui". Kah, kah kaaah....
                                                                             

 

    

 

   

         

 


 

 

 

 

  

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment