Manifesto adalah suatu penyataan bertulis
yang mengisytiharkan secara terbuka (kepada umum) tentang niat, motif dan
pandangan pihak yang mengemukakan/mengeluarkan manifesto tersebut. Ianya
dikatakan mula digunakan dalam tahun 1620, dan berasal daripada perkataan
Latin, iaitu manifestus.
Merriam-Webster Dictionary http://www.merriam-webster.com/dictionary/manifesto
(1 Mac 2013)
Manifesto hendaklah dikira sesuatu yang rasmi
dan ada kesannya di sisi undang-undang.
Kes Dimmock
v. Secretary of State for Education and Skills (2007)(Mahkamah Tinggi
England dan Wales) juga berkaitan dengan manifesto, dimana boleh dirumuskan
bahawa jika manifesto itu terbukti boleh dipercayai dan boleh diterima dan
berasaskan, antaranya, kajian bukti saintifik, maka ia adalah manifesto yang
baik.
Saya berpendirian bahawa manifesto adalah juga merupakan sejenis "JANJI". Jika pembuat manifesto tersebut adalah orang Islam, atau kelompok yang mana ahli pembuat manifestonya adalah terdiri daripada orang Islam, maka saya ingin kongsikan nas berikut:

“Di
antara tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu jika bercakap dia
berbohong. Apabila berjanji dia mengingkari janji, dan sekiranya diberikan
amanah dia mengkhianatinya.”
Hadis riwayat Muslim
Dengan
itu, manifesto mestilah:
Berakauntabiliti
Munasabah
Bermoral dan tidak menyalahi undang-undang
atau hukum agama berkaitan
Boleh diimplimentasi
No comments:
Post a Comment