Ni adalah lempeng durian bersantan.
Cara membuantnya mudah jer...
Bancuh tepung gandum dengan durian, sedikit santan, garam dan serbuk penaik, dan kisarkan supaya adunannya sebati.
Simpan sekitar 2 jam agar ianya naik (kembung)(bukan naik atas poko la wey...)
Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak, lapik daun pisang, dan masukkan bancuhan tepung tadi... Emmm, ia jadi macam ni la....
Lepas tu, tutup kuali sekejap, dan kalau dah berbau wangi tu (jangan sampai berbau hangit, tau), angkat la, dan terbalikkan pula lempeng tu, dan masakkan yang sebelah lagi (seeloknnya guna daun pisang yang lain semasa menterbalikkannya). maka, jadi la macam ni....
No comments:
Post a Comment