Niat murni Kerajaan membantu rakyat amat la kita sanjungi, dan amat patut kita berterima kasih. Pelbagai bantuan yang diberikan, dan bolehlah kita kategorikan "sedekah Negara kepada rakyat yang memerlukan". Namun malang sekali terdapat beberapa cerita (walaupun kes terpencil) yang perlulah kita sama-sama renungi, mengambil inisiatif mempelbetulkan, dan mencari jalan keluar. Berikut ini diantara kes-kes berkenaan.
1. Pada hari catatan ini dimasukkan dalam blog ini, saya mendapat "aduan" bahawa seorang suami muda yang baru 2 hari mendapat bantuan RM500 itu telah lesap, dan "terlupa" untuk menyalurkan nafkah itu kepada isteri dan dua anaknya yang berumur 4 tahun dan 8 bulan. Saya difahamkan si suami ini seorang penagih dadah dan banyak hutang dengan pengedar, dimana 4 hari sebelum ini dia telah ditahan sebagai tebusan sementara oleh sekumpulan kaki pengedar. Kes itu selesai setelah si bapa pergi membayar hutang dadah.
2. Semasa saya di pejabat 4 hari lepas, seorang staf saya sedang menitiskan air mata, dan bila ditanya "Kenapa?", dia menjawab, "Suami saya yang dapat duit BR1M dah habiskan duit tu berjudi...."
3. Malam tadi (9 Feb 2013), saya dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa ada satu lagi kes penyalahgunaan BR1M... Seorang cucu remaja manja (lelaki) telah meminta atoknya belikan motosikal terpakai (second-hand). Atok tadi pun terus belikan motosikal dengan menggunakan wang BR1M, kerana sayangkan cucunya. Nak jadi cerita, malam tadi motosikal tersebut, yang ikut ceritanya digunakan cucu tersebut untuk berlumba haram (rempit) malam minggu, telah rosak teruk kerana terbabas, dan cucu berkenaan sedang berada di hospital (dirawat kerana cedera)....
Bukan salah kerajaan, tetapi salahguna pemberian ikhlas orang. Orang apakah ini????
Buka senang nak jadi senang, dan bukan senang-senang orang nak berikan kita RM500, tetapi bukan susah pun jika kita nak habiskannya. Yang penting, apakah "nilai wang" itu yang kita manfaatkan. Fikir-fikirkan, dan ambillah iktibar, dan mungkin mencari cara terbaik menyelesaikan "kes-kes terpencil" seperti ini.
No comments:
Post a Comment