Sunday, April 28, 2013

Ini pemandangan, situasi dan bentuk pergerakan lalulintas di salah satu jalan utama berhadapan Masjid Raya Al Mashun di persimpangan jalan Sisingamangaraja dan jalan Masjid Raya, Medan. Saksikan "kecekapan" mereka mengendalikan kenderaan masing-masin melalui simpang ini...

Pssst, bagi mereka, ini keadaan biasa, dan situasi ini bukan akibat lampu isyarat rosak. Ada seorang dosen (pensyarah) sebuah Universitas di Medan, memberitahu saya, bahawa di sini, "Lampu merah maksudnya boleh jalan, lampu hijau ertinya kita mesti hati-hati, dan ngak ada istilah lampu kuning".



Tentang bunyi hon yang banyak diperdengarkan, kata mereka, "Hon memang disediakan pada kenderaan untuk dibunyikan".....emm, betul la juga.....

No comments:

Post a Comment