EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Tuesday, April 30, 2013
Pusat Maklumat Orang Asli, Jeli, Kelantan
Pada 11 Mac 2013, saya singah di Pusat Maklumat Orang Asli, Jeli, Kelantan. Pusat ini telah dipromosikan sebagai salah satu destinasi pelancongan di Jeli di dalam laman sesawang Majlis Daerah Jeli. Pusat ini adalah sebahagian daripada satu kompleks yang juga menempatkan asrama untuk para pelajar orang Asli, dewan makan, surau dan Pejabat JAKOA. Berikut adalah gambaran pusat berkenaan, yang saya cadangkan "patut dilawati" kerana banyak maklumat berharga yang disediakan. Masuk juga adalah percuma. Para petugasnya (seorang orang Asli dan seorang Melayu) juga amat peramah dan dapat memberikan penerangan yang memuaskan. Tahniah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment