Tuesday, April 2, 2013

Dah Saya Jangka.. Terjadi Juga Kemalangan Maut

Sekitar jam 4.30 petang Selasa 2 April 2013, di Simpang Empat, Jalan Sungai Dua/Jalan Batu Uban/Lebuh Sultan Azlan Shah, Batu Uban, Pulau Pinang, berlaku kemalangan maut melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta. Seorang maut adalah penunggangnmotosikal dan seorang lagi penunggang parah. Salah satu motosikal berkenaan putus dua! Menurut sumber "yang boleh dipercayai", kemalangan berlaku akibat tindakan dua motosikal telah melintas (melalui) simpang semasa lampu isyarat di pihaknya masih merah, dan terus dilanggar sebuah kereta puteh jenis... Perbuatan merbahaya sedemikan telahnpun saya rakamkan dan muatkan ke dalam blog saya sebelum ini, dan saya luahkan "kebimbangan" saya atas lagak ngeri sedemikian. Hari ini, ianya berlaku...dan ini bukan kali pertama...

Harap sangat pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap para "pelanggar lampu isyarat" ini_- ini termasuklah kereta, teksi dan bas mini kilang (yang saya saksikan sendiri).



No comments:

Post a Comment