Pada awal pagi ahad, 8 September 2013, saya dan beberapa pegawai tinggi USM (termasuk Naib Canselor dan Timbalan-timbalannya) menyertai acara "menyusur bukit" di Taman Rekreasi USM yang terletak berhampiran Desasiswa RST, USM, Pulau Pinang. Boleh dikatakan sepanjang penyusuran, hujan (kadangkala lebat) tak berhenti henti...
Nak menambahkan cerita, saya membisikkan kepada Urusetia, antaranya, "Kita nak masuk hutan, dan ramai yang saya percaya, kali pertama.. jadi elok gak dibacakan doa memohon dilindungi Allah daripada apa-apa musibat..". Seorang sahabat saya berkata, antaranya, "Betul gak..". Dan...tup..tup, saya la yang diminta membacakan doa tu....he he he... Naib Canselor mencelah, "Ha, kali ni, lawyer yang baca doa..."
No comments:
Post a Comment