Monday, September 2, 2013

Kak Yong Masuk U...

Pada 1 September 2013, seorang lagi anak angkat saya, Kak Yong (Nabilah) mendaftarkan diri di USM Pulau Pinang. Alhamdulillah, dan TAHNIAH, Kak Yong. Berikut sebahagian pesan saya kepada Kak Yong, dihadapan bapanya sendiri pada malam 31 Ogos 2013:
1. Tujuan utama masuk u adalah untuk menjadi seorang manusia yang cerdik, dan tinggi akal fikirnya;
2. Pembelajaran di U, sekitar 30-40% sahaja yang diperolehi melalui kuliah. Yang lainnya kena cari sendiri, kena usahakan sendiri untuk tambah dan perluaskan apa yang dikuliahkan. Akan ada tugasan, kajian dan sebagainya yang Kak Yong akan lakukan sendiri atau bersama rakan;
3. Pembelajaran di U juga akan merangkumi persekitaran dan kehidupan di dalam kampus dan sekitarnya. Ia juga akan menjadi "guru" kepada Kak Yong;
4. Perlu banyak berusaha dan tekun serta sabar. Kak Yong akan temui pelbagai kerenah daripada pelbagai orang;
5. Kehidupan di Desasiswa  (asrama) juga banyak memerlukan keprihatinan, kesabaran dan semangat saling membantu dan persahabatan;
6. Insaflah Kak Yong datang untuk mencari ilmu. Jadi pandai-pandai la membawa diri, dan jangan mudah terpengaruh dengan perkara yang "tidak baik";
7. Belajar la yer dengan "enjoy" tetapi dengan niat mencari kehidupan lebih baik dimasa hadapan.

Gambar diambil pada petang 31 Ogos 2013 di Pantai Seagate, berlatarbelakangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang (paling kiri, Aiman, saya, Rosli, Kak Yong Nabilah dan Atikah)


No comments:

Post a Comment