13
Angka 13. Tingkat 13. 13 haribulan. Bilangan ke 13. Itu diantara yang menjadi igauan bagi sekumpulan orang, termasuk usahawan, pengusaha hotel, dan lain-lain.
Terdapat bangunan, termasuk hotel yang "mentiadakan" Tingkat 13, atau bilik No. 13, dan digantikan dengan "Tingkat 12A", atau "Bilik No. 12A".
Dalam sistem kalendar (Islam, Masehi, Cina dan lain-lain), TIDAK ada bulan ke 13.
Terdapat kejadian-kejadian dan aktiviti yang dikaitkan dengan angka 13, misalnya:
1. Peristiwa 13 Mei 1969.Satu peritiwa hitam dalam sejarah Malaysia. Y.A.B.M. Tunku Abdul Rahman ada menulis sebuah buku berjodol, "13 Mei: Sa-belum Dan Sa-lepas"
2. Pada jumaat 13 Oktober 1307, Raja Philip IV (Perancis) memerintahkan penangkapan Knights Templar.
3. Dalam permainan ragbi, setiap pasukan yang bermain akan mempunyai 13 pemain.
4. Terdapat sebuah filem Inggeris berjodol "Friday The 13".
5. Dalam Mazhab Shiah, angka 13 adalah merujuk kepada hari ke 13 bulan Rajab, iaitu hari kelahiran Saidina Ali.
6. Thirteen (13) adalah sebuah drama Amerika tahun 2003 yang diarahkan oleh Catherine Hardwicke, dan ditulis oleh Hardwicke Reed dan Nikki Reed
6. Thirteen (13) adalah sebuah drama Amerika tahun 2003 yang diarahkan oleh Catherine Hardwicke, dan ditulis oleh Hardwicke Reed dan Nikki Reed
7. Seorang peminat watak Superman di Filipina bernama Herbert
Chavez, berumur 35 tahun, melakukan 13 pembedahan plastik bagi mengubah
wajahnya bagi menyerupai wajah Superman.
8. Wanita mempunyai 13 aurat.
9. Malaysia baru sahaja selesai mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13)(yang dikatakan diantara "yang tersengit antara yang sengit")
10. Nabi Dzulkifli (as.) adalah anak Nabi Ayub (as.), merupakan
rasul yang ke 13 daripada senarai 25 rasul.
11. International Astronomical Union (IAU) telah menemui zodiak
ke 13, yamg dinamakan “Ophiuchus”.
12. Ayat 13 dalam Juzuk ke 13 Al Qur'an adalah diantara ayat paling popular, dan selalu dibaca apabila berlakunya kilat dan halilitar yang kuat:
12. Ayat 13 dalam Juzuk ke 13 Al Qur'an adalah diantara ayat paling popular, dan selalu dibaca apabila berlakunya kilat dan halilitar yang kuat:
"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula)
para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu
menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan
tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya."
13. Terdapat 13 ciri-ciri
ahli syurga yang disebutkan di dalam al-Quran: Orang yang beriman, beramal
soleh, bertaubat, berbahagia, bersedekah, berjihad, menyeru kepada kebaikan,
berilmu, bersabar, tidak mengikuti hawa nafsu, dan jiwa yang tenang
(mutmainnah).
No comments:
Post a Comment