Washington:
Presiden Amerika Syarikat ke-41, George W Bush tersilap mengumumkan kematian
bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pagi kelmarin.
Perkara itu
berlaku apabila jurucakap Bush, Jim McGrath tersilap membaca tajuk berita di
akhbar Washington Post.
“Kenyataan Bush itu dibuat ekoran kesilapan dalam membaca tajuk berita di Washington Post. Kesilapan bodoh daripada saya. Minta maaf kepada semua,” tulis McGrath di Twitter. Kenyataan asal berbunyi: “Barbara dan saya berdukacita dengan pemergian seorang daripada pemimpin paling hebat pernah kami kenali. “Saya kagum dengan Nelson Mandela yang mampu memaafkan mereka yang menghukumnya.

“Dia menjadi
contoh individu yang sangat pemurah. “Mandela tabah dan mengubah sejarah
negaranya. Barbara dan saya sangat menghormati Presiden Mandela dan mengucapkan
takziah kepada keluarganya dan semua pemimpin Afrika Selatan.” Bagaimanapun,
pejabat presiden Afrika Selatan membetulkan kenyataan itu dengan berkata
Mandela masih hidup.
“Ia jelas sekali tidak benar. Kami melihatnya sebagai kesilapan dan tidak akan membesarkan hal itu,“ kata jurucakap pejabat presiden, Mac Maharaj.
Mandela dibawa pulang dari hospital kelmarin selepas dirawat sejak Jun lalu akibat jangkitan paru-paru. Keadaannya masih kritikal. - Agensi

Artikel ini
disiarkan pada : 3 September 2013
Nota: Mandela
meninggal dunia pada 5 Disember 2013, iaitu sekitar 3 bulan selepas Bush
berucap seperti di atas.
Bush
juga la yang SILAP menyerang Iraq
Bush
juga yang TERAMAT SILAP dalam menjadi penyokong kuat Israel
No comments:
Post a Comment