Sunday, December 15, 2013

Kursus & Bengkel Penyeliaan dan Kepeimpinan Efektif

Pada 10-11 Disember 2013, saya menjalankan/mengendalikan kursus dan bengkel PENYELIAAN DAN KEPIMPINAN EFEKTIF untuk staf USM pelbagai kategori dan profesion. Seramai 22 staf yang terlibat. Alhamdulillah.... Sambutan dan penglibatan amat menggalakkkan. Semoga "Majlis Ilmu" tersebut berguna untuk semua.
Berikut gambar-gambar sesi sumbangsaran dan "permainan pengurusan", termasuk yang saya pimpin:








Metodologi dan Kandungan Kursus
Kursus dua (2) hari ini merangkumi, antaranya,
·               Pengenalan, isu, dan keperluan penyeliaan dan kepimpinan yang efektif
·               Tahap dan peringkat penyeliaan
·               Elemen penyeliaan dalam aspek “pengurusan dan kepimpinan”
·               Aplikasi konsep 4W+1H+1W dalam penyeliaan dan kepimpinan
·               Penyelia sebagai ketua atau pemimpin
·               Keperluan ciri motivasi, fasilitatif, mentor, peningkatan kemahiran dan jaringan
·               Penyelia dan pemimpin yang efektif
·              Penyeliaan, kepimpinan dan hubungannya dengan “keprihatinan” dan tempat kerja yang selamat
·               Aplikasi kaedah “munasabah” dan “budibicara”
·               Aplikasi kaedah “betul: masa dan tempat”
·               Aplikasi kaedah “penting-segera-relevan”
Selain daripada itu, akan dimasukkan juga kajian kes dan “permainan pengurusan”

No comments:

Post a Comment