Berikut 2 gambar sekitar Sungai Kelantan, di belakang Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, yang saya rakam pada petang 8hb dan pagi 9 Disember 2013. Banjir pusingan pertama sudah surut, tetapi lihat putaran air di sana-sini...
Ada 2 perkara lagi yang saya ingin kemukakan:
1. Lihat laluan persiaran di tepi sungai itu? Ia untuk orang bersiar, dan beriadah. Namun saya lihat ada juga motosikal yang menggunakannya. Ini tentunya tidak sesuai.
2. Lihat rumah rakit beratap merah. Pada lewat petang 8 Disember 2013 (sekitar jam 6.30), saya melihat seorang lelaki membuka sekeping papan lantai dan meletakkan "sesuatu" di bawah lantai rakit tersebut, dan segera menutup dan bergegas beredar. Adegan agak aneh... Mungkin dia sibuk...atau....
No comments:
Post a Comment