Sunday, October 27, 2013

Dilema



DILEMA

“Dilema” adalah "Suatu situasi yang memerlukan suatu pilihan dibuat diantara beberapa pilihan yang biasanya atau nampaknya tidaklah merupakan sesuatu yang bagus atau yang boleh diterima. Suatu situasi yang memerlukan pilihan dibuat diantara dua yang sama taraf, terutama dua alternatif yang tidak pun diingini. Suatu masaalah yang nampaknya tidak mampu dicari penyelesaian". (http://www.thefreedictionary.com/dilemma, 28 Oktober 2013)

CONTOH 1
Berita KOSMO
KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 motosikal pelbagai jenama disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi angkut motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Selayang di sini awal pagi kelmarin. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, operasi tersebut dijalankan bagi mengekang penghuni PPR daripada membawa naik dan meletak motosikal di atas unit kediaman. "Sepanjang bulan lalu hingga bulan ini, kita telah mengadakan beberapa operasi dan berjaya menyita sebanyak 241 motosikal di 10 buah PPR di di sekitar ibu negara. "Tindakan membawa naik motosikal ke atas unit rumah dan meletakkan apa-apa benda yang menghalang di kaki lima adalah satu kesalahan dan melanggar perjanjian kediaman PPR," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.
Nak tahu kenapa penduduk bersusah payah "mengangkut" motosikal mereka hingga ke beranda, di tangga, atau ada juga kes, di masukkan ke dalam rumah? Penduduk menjawab, "Kami takut motor kami hilang di curi". "Kami takut motor kami hilang cermin sisi, hilang tayar..", "Kami takut motor kami dibakar".

DILEMA la, kan?

CONTOH 2
Dalam tahun 2002, salah seorang anak lelaki saya dapat masuk sekolah berasrama penuh. Semasa pendaftaran, semuanya berjalan baik. Adegan "dilema" mula menghantuinya apabila ditempatkan di asrama. Sekolah berkenaan kekurangan bekalan air, dan tak cukup almari pakaian. Anak saya tidak mendapat almari pakaian. Jadi, barangannya nak diletakkan di mana? Bukunya terpaksa diletakkan dihujung katil. Baju dan seluarnyanya, untuk mengelakkan berkedut, disangkutkan pada katilnya (katil dua tingkat, dan dia "menghuni" di tingkat atas). Pakaian yang lain dilipatkan dan diletakkan di bawah bantal. Apa berlaku? Pakaiannya dirampas pengawas kerana "menyalahi peraturan asrama". Ia berlaku bukan sekali. Bila saya tanya pihak sekolah, "Bila nak sampai almari-almari tu?". Pihak tersebut menjawab, "Dah ada pun, tapi belum tiba semuanya yang kami tempah, dan kena tunggu hingga semua almari tiba, baru kami dapat agihkan". Anak lelaki saya dalam DILEMA. Saya pun dalam DILEMA, dan cara menyelesaikannya, BAWA PULANG ANAK LELAKI SAYA, DAN TEMPATKAN DI SEKOLAH HARIAN, DAN TINGGAL JER KAT RUMAH.

CONTOH 3
Semasa memandu, tiba-tiba kita dapati kita mengekori sebuah lori besar yang sarat muatan kayu balak yang bergerak perlahan, atau, mengekori sebuah traktor. Jalan di kawasan itu, adalah jalan bergaris putih/kuning berkembar (double line). Kita lihat, nun jauh ke hadapan, tidak ada ada pula kenderaan yang datang, dan memang selamat memotong lori balak atau traktor tersebut. Dan... kita punmemotong, dan... malang, polis menahan/mengambil gambar senyummm kita, kerana "kesalahan memotong di garisan berkembang", dan jika nasib tak baik, kena pula satu lagi kesalahan, iaitu "memandu melebihi had laju" (kerana kawasan 50 km/j atau 70 km/j).). Jadi, kita diletakkan dalam DILEMA, KAN? Kalau yang menahan tu, adalah seorang anggota polis, dan dia menggunakan budibicara yang munasabah, mungkin dia melepaskan kita. Apa pula halnya, jika yang merakam "kesalahan" kita tu cuma sejenis "hantu", yang bernama "AES"? DILEMA la, kan?

CONTOH 4
Sila baca laporan berikut:
KUALA LUMPUR - Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.Beliau berkata, langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 semalam dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.
"Lebihan penjimatan ini nanti akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm (26 Oktober 2013)
 Jika kita membeli gula satu kilogram, adakah penjual akan pulangkan 1 sen kepada kita jika kita berikan wang RM2.85 sen? Besar kemungkinan, jawapannya, "TIDAK". Lagipun dengan "sistem penggenapan angka" maka perkara berkenaan tidak akan berlaku. Jika peniaga berkenaan dapat menjual 100 kg gula sehari, maka dengan "percuma" dia mendapat untung atas angin sebanyak RM1. Jika 30 hari, atau setahun? Emmm, dia dapat untung atas angin RM365, kan? Jika kerajaan pula nak naikkan harga gula menjadi RM2.85, maka bagaimana kerajaan nak menjustifikasikan pengambilan wang rakyat sebanyak 1 sen ini? Kelak ia menjadi isu politik pula...he he he... Apapun, ini adalah DILEMA, kan?

CONTOH 5
Motosikal besar (disebut juga "motosikal berkuasa tinggi"), yang harganya diantara RM30,000 hingga RM160,000 (yang biasanya dibeli oleh "orang besar" atau orang kaya), sudah biasa kita lihat "meluru" di lebuhraya, atau jalanraya yang lain. Motosikal besar ini biasanya berharga diantara RM30,00 sehingga RM160,000 sebuah. Pada masa ini, bagi motosikal berkuasa melebihi 800cc, cukai jalannya adalah RM350 setahun. Hanya satu sahaja tol yang mengenakan caj tol kepada semua jenis motosikal yang menggunakannya iaitu tol Jambatan Pulau Pinang dengan caj RM1.40. Lebuhraya-lebuhraya lain mengecualikan motosikal besar daripada dikenakan tol (maknanya mereka menggunakan lebuhraya secara percuma walau sebesar manapun motosikal tersebut). Terdapat juga lebuhraya yang menyediakan laluan khas motosikal seperti di lebuhraya Kulim-Butterworth, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Koridor Guthrie, dan beberapa laluan utama di Putrajaya, jalan Alor Setar-Kangar, dan beberapa lagi.
Namun, amat jarang (dan saya tak pernah melihat) penunggang motosikal besar menggunakan laluan yang dikhaskan untuk motosikal (yang jika digunakan, maka ia suatu kesalahan). Mungkin kerana tak sesuai sebab mereka biasanya menunggang laju (di lorong motosikal tentunya tak dapat melakukan sedemikian). Motosikal besar juga menggunakan lorong laju (di lebuhraya), sebab mereka ditunggang laju. Jika kita memandu maksima 110km/j, motosikal besar dengan selesa sekali akan mendesup memotong kita, kan? Mereka ini menggunakan lebuhraya secara percuma, dikala semua orang lain mesti membayar tol. Pernah tak melihat, atau mendengar berita penunggang motosikal besar disaman kerana menunggang melebihi had laju, atau kerana tidak menggunakan lorong motosikal? Namun, saya tidak setuju la, dengan tomahan mengatakan mereka tidak disaman kerana "maklum la penunggangnya orang besar...". Bolehkah makhluk AES atau polis trafik mengambil gambar pelaku kesalahan penunggang motosikal besar ini dengan berkesan? Ini kerana "banyak" juga saya temui nombor plat motosikal besar ini tidak dipamerkan di belakang atau di depannya dengan kaedah/cara/tempat seperti motosikal lain, dan dengan itu sukarlah untuk dirakamkan gambarnya dengan berkesan. Apapun, semua yang saya nyatakan itu adalah DILEMA.. DILEMA... DILEMA la, kan?

CONTOH 6
Cuba amati 2 gambar di bawah. Seorang polis trafik sedang melaksanakan tanggungjawabnya menyaman kenderaan yang diletakkan di bahu jalan yang bergaris berkembar di tengah jalan, dan bergaris kuning di tepi jalan, yang bermaksud, "JANGAN MELETAK KENDERAAN DI SINI". Pernah berlaku kemalangan bergensel akibat jalan menjadi sempit akibat kenderaan di letakkan di tepi jalan pada kedua-dua arah. Terdapat pula kejadian jalan jem teruk akibat kenderaan besar yang lalu dan "bertembung" (bukan berlanggar) dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan . Pernah juga berlaku perkelahian sesama pemandu yang berebut nak lalu dahulu, akibat jalan yang luas tu telah menjadi sempit. Jadi, cara untuk selesaikannya adalah dengan menyaman kenderaan-kenderaan yang diletakkan di situ. Namun, kenapa mereka meletakkan kenderaan di situ? Ada yang menjawab, "Kami tinggal di pangsapuri tu, tapi kenderaan kami tak boleh masuk kerana tiada pelekat/tak bayar fi dll". Ada pula yang menjawab, "Kami datang rumah sedara/kawan jer", atau "Ikut suka kami la, nak letak kat mana, asalkan kami mudah..", atau, "Tempat letak kerata di tempat lain dah penuh/jauh... kat sini jer ada ruang". Dan macam-macam lagi jawapan... Apapun, tu DILEMA la kan, kepada pihak penguatkuasa, pemandu, dan pengguna jalan raya, atau penduduk setempat.



No comments:

Post a Comment