Ini adalah gambar sebiji telor itik rebus yang sudah dikupas kulitnya...
Pssst..saya makan sambil buat kerja kat pejabat pada 23 Oktober 2013....he he he..
Telor ni saya beli di Pasar Gelugor Pulau Pinang pada awal pagi sabtu 19 Oktober 2013 dengan harga RM1 sebiji...
Pada dua bulan lepas, harga sebiji telor itik adalah 70 sen...
Pada sekitar 40 tahun dahulu, harga telor itik adalah RM1 untuk 10 biji
Kemudian, sekitar 30 tahun kemudian, harganya menjadi sekitar RM1 untuk 4 biji.
Begitulah harga sebiji telor itik, yang relatifnya naik, tetapi pada saya, ia tidak naik, sebab semasa harganya RM1 untuk 10 biji, saya masih teragak-agak untuk membelinya, kerana pada masa itu, ibu saya kata ianya mahal. Namun sekarang dengan harga RM1 sebiji, saya masih tak teragak-agak untuk membelinya, dan memakannya sambil berkerja...he he he...
Itu fasal HARGA TELOR ITIK
Bagaimana pula degan nilai yang kita letakkan kepadanya?
Pada sekitar 40 tahun lepas, jika saya lapar (maklum la tingggal menumpang di rumah yang bukan dengan ibubapa sendiri, dek kerana mencari ilmu), maka saya akan berjalan kaki ke rumah ibu saudara saya (yang terletak sekitar satu km lebih daripada rumah saya saya menumpang), dan biasanya dia akan mempelawa saya makan nasi, yang biasanya dengan lauk kegemaran saya ialah telor itik rebus di cicah budu. Itu sahaja. Dan saya makan nasi sehingga kenyang... Alhamdulillah.. Dan ibu saudara saya itu akan setiap masa dengan senyum menemankan saya makan. Seingatan saya, tak pernah saya lihat dia berwajah masam muka dengan saya.... Itulah NILAI SEBIJI TELOR ITIK, yang saya akan kenang sampai bila-bila.. Nilainya tinggi kerana ia "menyelamatkan" saya dari lapar (kerap lapar pun...), dan nilainya menjadi makin tinggi lagi kerana ia dalam bentuk sedekah seorang ibu saudara yang ikhlas kepada anak saudaranya... Subhanallah...
No comments:
Post a Comment